Ketua polis Shah Alam dikecam salahkan penganjur forum gagal cegah kekecohan
Oleh Bede Hong
WAKIL rakyat dan aktivis mengecam Ketua Polis Shah Alam Shafien Mamat kerana berkata penganjur akan disoal siasat berhubung tahap keselamatan pada program forum “Nothing to Hide 2.0” yang kecoh semalam.
Semalam, Shafien berkata polis akan menyoal siasat ahli Bersatu kerana gagal mencegah kekecohan itu daripada berlaku, di mana sekurang-kurangnya lima pemuda membaling kasut, kerusi dan suar ketika Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan dalam sesi soal jawab.
“Dia tidak bertindak seperti ketua polis,” kata pemimpin DAP Zaid Ibrahim.
“Bukan penganjur yang menyebabkan kekecohan, jadi polis sepatutnya mencari siapa yang pembuat kecoh,” kata bekas menteri persekutuan itu yang turut hadir pada forum di dewan Raja Muda Musa di Shah Alam, semalam.
Shafien memberitahu media semalam polis sudah memberikan syarat kepada penganjur supaya memastikan keselamatan peserta terjamin.
“Tanggungjawab penganjur memastikan keselamatan umum dan tidak ada sesiapa boleh menimbulkan kekecohan,” katanya.
Beliau berkata tiada laporan polis dibuat setakat ini, dan ia siasatan umum.
Presiden Hakam Ambiga Sreenevasan berkata polis tidak memberi keutamaan kepada mangsa.
“Saya tidak faham reaksi polis seperti itu. Adakah mungkin kerana ada pembabitan Umno? Apa maknanya semua ini?
“Apa yang berlaku boleh menyebabkan rusuhan dan ia sangat serius. Keutamaan perlu diberi untuk memahami keadaan itu dan menyiasat siapa pelaku keganasan itu,” katanya.
Ambiga yang juga bekas presiden Majlis Peguam mengecam komen Shafien yang tiada siasatan rasmi dijalankan terhadap tiga suspek yang ditahan.
“Saya faham polis kata tiada siasatan lagi kerana tidak ada laporan polis.
“Ini mengarut kerana mereka sepatutnya bertindak bila berlaku kesalahan tanpa perlu menanti laporan polis,” katanya.
Dalam posting di Facebook, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua berkata, “Daripada cakap kami akan cari siapa pelakunya, ketua polis Selangor kata dia nak soal siasat penganjur kerana gagal memastikan keselamatan.”
“Lain kali jika bank, kedai atau rumah dirompak, ya, saman pemilik kerana gagal menghalang perompak.”
Aktivis dan peguam Siti Kasim berkata kenyataan polis itu seperti menuduh pemilik rumah yang dirompak dan menyalahkan mereka kenapa tidak mempertahankan rumah seperti kubu, bukannya soal siasat si perombak.
“Semua dia cakap tidak masuk akal jika mahu menyoal siasat penganjur. Itu forumlah, terbuka untuk orang ramai.
“Orang itu datang dengan niat jahat. Semua benda dalam dewan boleh digunakan sebagai senjata. Kecuali mereka guna mesin pengimbas seperti di lapangan terbang. Tetapi apa nak jadi dengan kita kalau begitu keadaannya di forum umum,” katanya.
Seorang pegawai khas Dr Mahathir memberitahu tidak ramai polis berkawal pada waktu itu.
Katanya, ketika forum “Nothing to Hide 1.0” di PWTC, Kuala Lumpur pada Jun 2015 dan menteri Nazri Aziz berdebat, ramai anggota polis hadir berkawal.
Pada masa itu Dr Mahathir bercakap selama enam minit saja sebelum dihentikan oleh anggota polis.
Semalam, polis menahan tiga suspek yang mencetuskan kekecohan pada berumur antara 17 hingga 19 tahun dan dua daripadanya pelajar kolej di Selangor.
Forum itu dihadiri lebih 2,000 orang.
Dr Mahathir bercakap mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad sebelum menjawab soalan daripada peserta.
Hadir sama ialah isterinya Siti Hasmah Mohamad Ali, Presiden Bersatu Muhiyddin Yassin, bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir, Naib Presiden Perkasa Abdul Rashid Abdul Rahman, Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, veteran DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.-TMI

Tiada ulasan