PAS puas hati, saya puas hati
Oleh Subky Latif
SAYA tidak tahu apa yang PAS puas hati setelah pimpinannya yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man bertemu dengan Kanda Kandasamy, Pengerusi 1MDB.
Tentulah ada benda yang mereka puas hati yang belum dijelaskan lagi kepada umum khususnya kepada ahli-ahlinya.
Adalah mustahak ahli-ahli parti tahu dulu apa yang puas hati itu sebelum orang lain tahu.
Saya menunggu penuh sabar apa yang dikatakan puas hati itu. Setakat ini semuanya mahu tahu akan penjelasan puas hati itu.
Dan saya percaya tentulah ada asas-asas yang ia puas hati itu.
Sekalipun saya belum tahu isi dan butirnya, tetapi kerana keyakinan saya kepada parti dan pemimpin-pemimpinnya, maka saya ada sikap husnuzan kepada parti. Bila PAS puas hati, maka saya pun mesti puas hati. Dan saya akan dapatkan dari parti apa yanag mereka puas hati itu.
Oleh kerana PAS itu parti saya. Tiada parti lain yang saya sertai sebelum menyertainya, maka saya mesti sentiasa bersangka baik kepada parti saya itu termasuklah dalam perkara yang saya belum faham dan payah faham.
Pertama parti saya itu adalah sebuah jamaah Islam, tiada yang sepertinya wujud semasa ia diwujudkan. Sekalipun sebelumnya wujud dulu sebuah jamaah Islam siyasi, Hizbul Muslimin yang menyambung wadah ikhwanul Muslimin Mesir dan Masyumi Indonesia, tetapi ia telah dimendiangkan oleh penjajah British.
Selepas tiga tahun susah payah kosong jamaah, maka ulama masa itu berjaya menggantikannya dengan PAS. Maka dengan susah payah juga pemimpin dan penyokongnya menjaga dan menghidupkan jamaah yang banyak kelemahan sejak dari mula, dan syukur ia muncul sebagai wadah Islam yang terbaik di rantau sebelah sini.
Kerana ia parti saya, maka saya sepanjang masa bersangka baik kepada parti itu terutama apabila ia berdepan dengan perkara-perkara yang payah dan keliru.
Jika saya sebagai ahli tidak berkata baik kepadanya, siapa lagi yang hendak berkata baik tentangnya. Buruk baik ia adalah parti saya dan ia saja setakat ini yang sedia rebah dan bangun menjaga jamaah Islam itu. Telah terbukti sejak turunnya Rasulullah SAW sebagai rasul, tiada siapa tampil membela jamaah Islam melainkan umat Islam sendiri.
Maka saya sentiasa bertekad untuk mencontohi Saidina Abu Bakar Siddiq, menerima saja apa yang Rasululah sabda dan buat sama ada faham atau tidak faham.
Bukan saya saja payah faham apa yang PAS dan pimpinannya kata dan buat, Najib, Zahid dan Mahathir pun payah faham apa yang pimpinan PAS buat.
Pemimpin PAS saja dalam semua masa dengan susah payah mempertahan apa saja bagi menjaga wadah tunggal siyasah Islam. Jika orang PAS tidak berbuat demikian, jangan ingat ada orang lain sedia menjaganya.
Kerana saya sayangkannya, saya mesti sentiasa berpuas hati atas apa saja yang ia puas hati. Moga-moga dengan berpuas hati dan berserah kepada Allah, yang tidak puas hati akhirnya akan puas hati pula.
Mungkin ia payah difahami tetapi Islam tidak boleh menyerah kalah kepada orang yang tidak memahaminya

Tiada ulasan