Header Ads


Terkini

PRU14: Hampir 50% calon PAS golongan muda

ALOR SETAR: PAS akan meletakkan hampir 50% calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti terdiri daripada golongan muda yang diyakini mampu mendapat sokongan rakyat.

Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, disebabkan keyakinan itu, parti berkenaan bersedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru kerana sudah tidak terikat lagi dengan pakatan pembangkang seperti sebelum ini.

“Kami memberi fokus di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor pada PRU14 kali ini,” katanya kepada pemberita pada Himpunan Jentera Pemuda PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, di sini, hari ini.

Beliau berkata fokus berkenaan kerana negeri-negeri tersebut mempunyai ramai pengundi Melayu beragama Islam tetapi pada masa yang sama tidak mengabaikan Perlis, Pahang dan Perak.
Katanya PAS sama sekali tidak bergantung pada kelemahan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional tetapi bergantung kepada kekuatan yang ada pada PAS sendiri.
https://susukunyitplus.blogspot.my/

Tiada ulasan