Isu politik Terengganu selesai secara kekeluargaan - Ahmad Razif
KUALA NERUS: Situasi politik di Terengganu ketika ini
berada pada tahap terbaik kerana semua permasalahan telah berjaya
diselesaikan dalam suasana penuh kekeluargaan, kata Menteri Besar Datuk
Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu itu berkata tiada lagi sebarang isu berbangkit dan fokus kini terhadap persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Kami sudah selesaikannya secara kekeluargaan... kami mahu bergerak ke hadapan... kami penuh yakin akan dapat mengekalkan kuasa dan menambah bilangan kerusi (pada PRU14)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas
kenyataan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada majlis
perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman semalam yang mahu
semua pihak melupakan pergeseran lampau dan terus mengutamakan parti
untuk kemenangan PRU14.
Mengenai senarai calon yang bakal bertanding pula, Ahmad Razif berkata ia akan dimuktamadkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan akan akur dengan pilihan pucuk pimpinan parti.
"Kami tidak kisah siapa pun yang bakal menjadi calon, kami jentera parti bekerja untuk kepentingan parti. Siapa sahaja yang dicalonkan, kami kerja untuk memastikan kemenangan," katanya.
Terdahulu, Ahmad Razif menyampaikan hadiah bersempena Minggu Sukan Seberang Takir Cikgu Razif Bersama Komuniti di Seberang Takir.
-- BERNAMA

Tiada ulasan