Header Ads


Terkini

Perjalanan akhir korban tahfiz terbakar

SUASANA pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah yang menjadi lokasi persemadian 11 mangsa tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu 23 nyawa termasuk guru di pusat tahfiz terbabit rentung selepas tingkat tiga bangunan pusat tahfiz yang menjadi tempat tidur mereka terbakar.
Antara yang dikebumikan di tanah perkuburan itu termasuk tiga beradik Muhd Syafiq Haikal Mohd Sulaiman, 13; Muhd Hafiz Iskandar, 11, dan Muhd Harris Ikhwan, 10.

Lapan jenazah lagi dikebumikan di enam tanah perkuburan berasingan di sekitar Lembah Klang, dan tiga lagi dikebumikan masing-masing di Seremban, Negeri Sembilan; Pengkalan Kubor, Kelantan dan Sungkai, Perak.
Ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa mengusung jenazah sebagai penghormatan terakhir kepada mangsa kebakaran pusat tahfiz ketika jenazahnya baru tiba dari HKL ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2017.
Ahli keluarga mengusung keranda yang membawa jenazah mangsa kebakaran pusat tahfiz untu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 15 September, 2017.
Salah seorang ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak ketika urusan pengebumian sedang berlangsung.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 15 September, 2017.
Suasana sedih menyelubungi pengebumian mangsa kebakaran pusat tahfiz di Tahan Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 15 September, 2017.
Ahli keluarga mengusung keranda yang membawa jenazah mangsa kebakaran pusat tahfiz untuk dikebumikan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 15 September, 2017.
Pekerja menggali 11 liang lahad untuk urusan pengebumian mangsa kebakaran pusat tahfiz di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2017.
Ahli keluarga dan rakan-rakan menunggi ketibaan jenazah yang dibawa dari Hospital Kuala Lumpur untuk dikebumikan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2017.
Antara ahli keluarga mangsa mengambil wuduk untuk meneruskan bacaan Yasin untuk disedekahkan kepada mangsa kebakaran pusat tahfiz sementara menunggu ketibaan jenazah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2017.
Orang ramai yang mengikuti perkembangan tragedi yang mengorbankan 23 nyawa hadir di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Gmbak di mana 11 jenazah mangsa dikebumikan hari ini. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2017.
11 liang lahad digali untuk persemadian mangsa kebakaran pusat tahfiz di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2017.
Ahli keluarga dan rakan mangsa kebakaran pusat tahfiz hadir ke tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2017.
Ahli keluarga mangsa sebak ketika melihat jenazah diturunkan ke liang lahad pada pengebumian mangsa kebakaran pusat tahfiz di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2017.
Pelajar tahfiz turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada 11 mangsa kebakaran yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2017.
Seorang lelaki mengangkat sepanduk yang tertera nama salah seorang mangsa kebakaran pusat tahfiz di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Gombak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2017.
Ahli keluarga mangsa dan kakitangan hospital membantu memasukkan jenazah ke dalam kereta jenazah untuk dibawa ke tanah perkuburan bagi urusan pengebumian.

Tiada ulasan