Iakah Azizah
Oleh Al-Abor Mohd Yusuf
Pagi masih basah ketika itu. Kami 'bermalam' di luar rumah kampung dua tingkat di Cherok Tok Kun itu. Kata bermalam itu tidaklah bermaksud tidur, sebaliknya menghabiskan malam itu di situ.
Ada yang tidur, ada yang tidak. Tapi yang ramainya ialah tidur-tidur ayam. Kami percaya polis - pada bila-bila masa saja - mungkin tiba-tiba menderu ke rumah itu untuk membuat tangkapan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam berkenaan berceramah di Pondok Tuan Guru Niamat Yusoff di Derang, Pokok Sena di Kedah. Selain ulama, tokoh itu - juga dikenali dengan nama Ustaz Niamaty - adalah seorang 'seniman'. Beliau adalah penulis.
Kepulangan Anwar dari Derang disambut dengan debar. Tapi malam itu berlalu dengan tidak ada apa-apa berlaku.
Paginya seorang peguam - berseluar jeans, berkemeja T lengan pendek dan berketayap - keluar dari rumah itu ke tempat kami berkampung di depannya.
Dia ialah peguam yang dikenali serta dikagumi ramai. Namanya Zulkifli Nordin. Kami bertegur seadanya. Bayang polis berpakaian seragam atau menyarung balaclava tidak ada. Kalau polis cawangan khas, kami yakin sudah lama ada.
Berbaris dengan Anwar
Akhirnya kami dibenarkan masuk ke rumah itu. Kami masuk ke dapur. Ada meja dengan hidangan sarapan di situ. Juga sofa sederhana di tepinya.
Kami menemu bual Anwar. Sudah tentulah di sana ada juga isterinya yang setia itu, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Kebanyakan wartawan sekadar duduk di lantai.
Soalan ditanya, soalan dijawab. Anwar adalah Anwar. Cekap dan petah memberikan pandangan dan kami mencatit. Keluar atau tidak berita itu, ia adalah hal yang lain.
Kami kemudian bergambar beramai-ramai dengan Anwar. Untuk makluman, 1998 bukanlah zaman kamera digital. Dia berdiri di tengah kumpulan wartawan pelbagai akhbar.
Secara berseloroh dan dengan senyumnya yang tersendiri, dia mengisyaratkan ia mungkin kesempatan terakhir kami bergambar dengannya.
"Saya pun tak tau apa akan jadi lepas ni," katanya - lebih kurang - disambut ketawa kami.
Anwar ketika itu adalah musuh kerajaan. Dalam keadaan begitu dia terus melawan dengan gerakan reformasi. Detik-detik awal pelawanan Anwar ramai juga penyokong kerajaan di belakangnya.
Masih terbayang semasa Anwar berucap dari bawah beranda rumahnya itu ada bekas exco Pulau Pinang di kerumunan belakang. Ada Dr Toh Kin Woon dan Datuk Abdul Latiff Mirasa.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ketika itu ialah ACP Ismail Omar (foto, atas, kiri) yang kemudian menjadi ketua polis negara.
Namun Anwar kemudian pulang ke Kuala Lumpur tanpa ditahan. Selebihnya adalah sejarah yang lebam.
Meletakkan garis pemisah
Kini hampir 20 tahun kemudian susuk Anwar yang bebas tidak ada buat masa ini. Apa yang wujud adalah namanya yang disebut-sebut dari semasa ke semasa.
Pada sesetengah keadaan, Anwar yang satu itu menjadi lembaga keramat yang diletakkan pada dua sisi yang sangat bertentangan.
Jika istilah "komunis" "mengancam keselamatan negara" pernah menjadi serapah paling mujarab untuk menahan seseorang, bagi PKR ungkapan "Anwar" adalah serapah sangat mujarab untuk mengabsahkan perbuatan masing-masing.
Dan itulah yang nampaknya berlaku sekarang.
Pertembungan antara kumpulan Rafizi Ramli dan Datuk Seri Azmin Ali bukanlah rahsia lagi. Suatu ketika dulu ia menjadi rahsia umum. Maksudnya rahsia yang bukan rahsia. Hinggalah Rafizi menulis kenyataan panjang dan meletakkan garis pemisah antara dia dan kumpulan digelar "kartel" itu.
Dan di tengah mereka ialah Wan Azizah. Seorang wanita bernama Azizah itu adalah suatu kekuatan buat PKR. Namun dalam lingkaran dalaman parti Wan Azizah sekali gus kelemahan.
Sebagai seorang presiden - di mata umum - Wan Azizah adalah simbol ketabahan seorang wanita merangkap isteri dan ibu. Namun dalam lingkaran dalaman parti wanita yang sama itu sesekali dianggap beban.
Justeru, khabarnya sudah ada cakap-cakap dalaman untuk menggerakkan usaha mencari presiden baru buat PKR.
Dan ketika nama Anwar dijadikan azimat, difahamkan sebahagian daripada pimpinan atasan PKR sudah pernah meminta beliau bersara saja daripada politik supaya ada orang lain boleh mengambil tempatnya.
Tapi itulah, biasanya maklumat itu akan dinafikan banyak pihak. Politik, biasalah dan begitulah.
Bukan minta jadi diktator
Dalam keadaan kalut begitu tidak nampak bagaimana Wan Azizah menggunakan ketegasan bagi mengawal keadaan partinya yang ketika ini diperlukan benar-benar kompak dan boleh diyakinii.
Memanglah dalam ilmu komunikasi - mengambil semangat Aristotle - emosi selalu boleh mengatasi logik. Kebenaran kadang-kadang diperdaya oleh sentimen dan perasaan.
Namun ia bukanlah jaminan, selain boleh dipatahkan sama ada dengan fakta benar-benar kukuh atau melalui mainan emosi juga.
Untuk memimpin seseorang perlukan keyakinan daripada orang yang dipimpin. Ia perlu diolah dengan betul dan teguh. Itu yang diperlukan Wan Azizah - sama ada sebagai ketua pembangkang atau presiden sebuah parti yang sekarang mengalami pertembungan aliran ketara.
Dan sesuai dengan sifat semula jadi politik itu sendiri setiap pemainnya mempunyai langkah dan silat yang tertentu. Umumnya ia diatasnamakan dengan perkataan "rakyat". Tapi tanpa menafikan bahawa masih ada segelintir yang berjuang untuk masyarakat, sebahagian lain yang lebih ramai adalah pejuang tembolok sendiri.
Untuk bertegas dengan lawan politik Wan Azizah terlebih dulu perlu bertegas dengan orangnya dalam parti. Bukan meminta dia menjadi kuku besi, jauh sekali bertukar menjadi diktator.
Wan Azizah seorang presiden dan ketua pembangkang. Jangan biarkan perjuangan untuk memerdekakan rakyat yang dibawanya ditukar menjadi perjuangan peribadi atau sekadar mengintai peluang menjadi perdana menteri. Oleh sesiapa pun.
September pada 1998, rakyat diajar dengan perkataan yang agak baru kepada mereka ketika itu - reformasi. Ia adalah detik antara Tun Dr Mahathir bermesyuarat untuk memecat Anwar, dan sekumpulan polis bertutup muka dari unit tindakan khas menyerbu sebuah rumah di Bukit Damansara.
Sebagai doktor mata Wan Azizah perlu menjadi jauhari. Lincah menilai antara kaca dan permata termasuk dalam lingkungan partinya sendiri.

Tiada ulasan