Sudah lupa RM230 juta, Dr Mahathir soal Zahid Hamidi
DR Mahathir Mohamad hari ini terus menyelar Timbalan Perdana Menteri
Ahmad Zahid Hamidi dengan mengingatkan mengenai aset RM230 juta yang
dimilikinya ketika memegang jawatan ketua Pemuda Umno.
Membalas kenyataan Zahid tentang asal usulnya dari India, Dr Mahathir berkata naib presiden Umno itu juga bukan berketurunan Melayu.
“Berkenaan dengan Melayu mudah lupa, walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, sudahkah Zahid lupa deklarasi harta yang dibuat olehnya kepada saya sebagai perdana menteri apabila ia dilantik ketua Pemuda Umno.
“Apabila saya tanya dari mana ia perolehi 230 juta ringgit yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas.
“Jikalau ia boleh ingat, jelaslah dari mana ia perolehi wang yang begitu banyak,” kata pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam posting terbaru di blognya chedet.cc malam ini.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Bersatu turut mencabar Zahid untuk menunjukkan kad pengenalan lama yang sepatutnya berada dengannya kerana beliau tidak pernah menyerahkan semula ketika kad pengenalan baharu dikeluarkan.
Pada masa sama, beliau berkata, sistem "anak lelaki" (a/l) dan "anak perempuan" (a/p) dibuat selepas negara merdeka.
Katanya ianya dibuat untuk menggantikan sistem penjajah British, di mana nama sama akan diletakkan nombor yang dianggap menghina.
Katanya, India Muslim tidak pernah menggunakan mana-mana sistem kerana nama mereka kebiasaannya terdapat dua perkataan dan jarang terdapat persamaan.
“Nama seperti yang disebut Zahid Hamidi tidak ada.
"Jika kad pengenalan lama itu menyebut nama yang dikatakan ialah nama saya dahulu, sila tunjuk kad itu untuk diperiksa pakar akan kesahihan dakwaan Zahid,” katanya.
Zahid yang juga menteri dalam Negeri, mendedahkan kad pengenalan lama Dr Mahathir ketika berucap pada mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kelana Jaya.
Zahid mendakwa kad pengenalan lama Dr Mahathir menunjukkan beliau bukanlah berketurunan Melayu kerana tertulis "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
Kenyataan itu menimbulkan pelbagai bantahan termasuk daripada penasihat DAP Lim Kit Siang, dan beberapa laporan polis dibuat terhadap Zahid.

2 x 5 = 5 x 2
BalasPadam