SPR tidak pernah tolak simbol parti politik berdaftar
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) tidak pernah menolak permohonan
daripada mana-mana parti politik untuk mendaftarkan logo atau simbol
bagi digunakan dalam pilihan raya sekiranya logo tersebut diluluskan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Mengulas laporan sebuah akhbar semalam bertajuk "Mustahil SPR Lulus Logo", Pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah berkata, dakwaan tersebut tidak berasas dan berniat serong menimbulkan persepsi negatif terhadap SPR serta mengelirukan rakyat.
"Dakwaan bahawa pendaftaran logo tidak mungkin diluluskan SPR adalah kenyataan bersifat pramatang dan tidak bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata buat masa ini tiada sebarang permohonan berkaitan perkara itu dibuat kepada SPR.
"Dalam perkara ini, SPR difahamkan status pendaftaran gabungan parti serta simbol parti berkenaan masih belum diluluskan RoS," katanya.
Berikutan itu, Mohd Hashim berkata setelah simbol parti berkenaan diluluskan RoS, dan sekiranya dirujuk kepada SPR, tindakan selanjutnya mengikut undang-undang akan dibuat SPR.
Semalam, Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail dipetik sebagai berkata adalah mustahil SPR akan meluluskan penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan dalam pilihan raya walaupun logo tersebut diluluskan RoS.
Menurutnya penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan yang mewakili PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sudah tentu memberi saingan sengit kepada Barisan Nasional. – Bernama

Tiada ulasan