TANDAKAN beberapa hari akan datang ini pada kalendar: ia boleh
meninggalkan kesan yang besar kepada jangka hayat Najib Razak sebagai
perdana menteri malah melepaskan belenggu 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) daripada tengkuknya.
Kuasa-kuasa besar Amerika Syarikat dan China akan bertandang ke Kuala
Lumpur minggu ini, dengan rundingan bertumpu pada soal keselamatan dan
kemakmuran ekonomi. Washington dan Beijing mahukan sesuatu daripada
Najib dan sebagai pulangannya, kerajaannya akan mendapat sokongan yang
beliau idam-idamkan.
Bagi Washington, pertemuan antara Najib dan Setiausaha Negara AS Rex
Tillerson malam tadi bertumpu pada ancaman keselamatan daripada Korea
Utara.
Sumber memberitahu The Malaysian Insight bahawa AS mahu pentadbiran
Najib berkongsi maklumat mengenai perniagaan Korea Utara yang dijalankan
di Kuala Lumpur serta meningkatkan usaha untuk menyekat pengiriman
bahan pembuatan senjata yang sensitif ke republik yang berpaling tadah
itu.
Washington yakin Malaysia jadi tempat persembunyian ramai warga Korea
Utara yang dikehendaki serta menyimpan sumber penting untuk Pyongyang.
AS mahukan kerjasama daripada pihak berkuasa Malaysia untuk berkongsi apa saja maklumat yang ia ada tentang Korea Utara.
The Malaysian Insight difahamkan isu ancaman keganasan di rantau ini
turut dibincangkan antara Najib dengan Tillerson, yang kali pertama
melawat Kuala Lumpur.
Putrajaya merasakan pentadbiran Trump tidak begitu berminat dengan
siasatan Jabatan Keadilannya (DoJ)terhadap aliran duit daripada 1MDB
oleh sebab ia dimulakan menjelang hari-hari akhir Obama jadi presiden.
Sumber-sumber kerajaan percaya sekiranya Malaysia bersetuju dengan
permohonan Washington untuk membantunya berhubung soal Korea Utara dan
sepakat dalam soal isu-isu keselamatan, AS akan ada banyak alasan untuk
menyokong pentadbiran Najib atas nama kestabilan politik.
The Malaysian Insight difahamkan Najib mendapat mendapat sedikit
perangsang pada penghujung pertemuannya dengan Setiausaha Negara AS itu.
Hubungan dengan AS yang mekar berbunga akan membolehkan Najib turun
ke kubunya dan melaungkan betapa keakraban dengan Washington itu
petunjuk betapa saman DoJ itu sememangnya hanya gembar-gembur
semata-mata.
Ketika isu keselamatan serantau jadi topik utama dalam perbincangan
AS-Malaysia malam tadi, soal ekonomi dan pembangunan infrastruktur
bernilai berbilion ringgit pula akan jadi tema besar lawatan delegasi
1,000 anggota dari China yang terdiri daripada pemimpin kerajaan dan
ahli perniagaan syarikat-syarikat kerajaan.
Delegasi yang diketuai oleh wakil khas Presiden Xi Jinping itu berada
di Malaysia untuk upacara pecah tanah Landasan Keretapi Pantai Timur,
salah sebuah projek terbesar di bawah program One Belt One Road (OBOR)
yang digagaskan oleh China.
Putrajaya berharap projek landasan yang akan merentas tanah
Semenanjung itu bakal mendorong pertumbuhan ekonomi dan melahirkan
peluang pekerjaan iaitu dua hal yang sangat-sangat diperlukan di pantai
timur.
Sebagai tambahan, China dijangka mengumumkan pembukaan sebuah sekolah
kejuruteraan di Pahang yang mampu mengeluarkan ribuan jurutera.
Delegasi China juga akan mengesahkan minat Beijing untuk
syarikat-syarikat milik kerajaannya jadi pemaju utama Bandar Malaysia.
Proses memilih pemaju induk untuk projek hartanah tempatan yang
dikatakan terbaik itu selesai baru-baru ini.
Tujuh syarikat China dan dua syarikat Jepun telah membuat bidaan.
Putrajaya berharap dapat menjual hak pembangunan induk itu pada harga
antara AS$8 hingga AS$10 bilion, jumlah yang akan membolehkan Najib
melunaskan hutang-hutang 1MDB.
Di bawah satu perjanjian yang ditandatangani pada APril, 1MDb berkata
ia akan membayar AS$1.2 bilion kepada IPIC melalui dua ansuran. Ansuran
pertama sepatutnya dibayar pada 31 Julai tetapi 1MDB gagal memenuhi
komitmennya.
Abu Dhabi memberi 1MDB lanjutan masa selama lima hari untuk menunaikan janji dan tarikh akhir lanjutan itu tamat semalam.
Kerajaan kemudian berjaya memujuk Abu Dhabi untuk memberinya tempoh
sehingga akhir bulan ini untuk melangsaikan pembayaran sebanyak AS$603
juta itu. Tetapi syarat utama untuk lanjutan masa itu ialah bayar
sebahagian dahulu sebanyak AS$310 juta sebelum 12 Ogos ini.
Kegagalan berbuat demikian boleh mencetuskan satu lagi spekulasi tentang kedudukan kewangan kerajaan Malaysia.
The Malaysian Insight difahamkan Kementerian Kewangan sedang melihat
beberapa pilihan untuk membayar hutang itu, termasuk menjual beberapa
bidang tanah
Ogos yang luar biasa untuk Najib
Reviewed by DetikDaily
on
Ogos 09, 2017
Rating: 5
Tiada ulasan