Header Ads


Terkini

1MDB bayar IPIC AS$350 juta sebelum tarikh akhir 12 Ogos

Oleh

SUDAH dibayar. 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam membayar AS$350 juta bagi ansuran pertama skim pembayaran semula hutang kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co. (IPIC), kata sumber perbankan.

Syarikat pelaburan Malaysia yang sarat hutang itu diberikan tempoh seminggu lalu sehingga Sabtu untuk membayar AS$310 juta selepas ia terlepas tarikh akhir asal 31 Julai yang turut diberikan lanjutan lima hari.
“"IPIC menerima AS$350 juta, bukannya AS$310 juta dan memperolehnya lebih awal, hari ini Khamis, bukan tarikh akhir Sabtu bagi ansuran pertama,” kata sumber bank

Difahamkan wang kepada IPIC dibayar daripada akaun 1MDB di Malayan Banking Berhad (MBB), kumpulan perbankan terbesar Malaysia.
Bayaran itu dibuat sehari selepas delegasi China melawat Malaysia untuk majlis pecah tanah projek berbilion ringgit Rel Kereta api Pantai Timur (ECRL) – projek penting di bawah program China, One Belt One Road (OBOR).

Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Pengerusi 1MDB Irwan Siregar Abdullah pada Selasa mendedahkan IPIC melanjutkan tarikh akhir hingga penghujung Ogos jika 1MDB boleh membayar AS$310 juta pada 12 Ogos selepas tarikh akhir 31 Julai yang ditetapkan dalam penyelesaian dengan IPIC pada April, terlepas.

Difahamkan kerajaan Abu Dhabi hairan dengan cara Putrajaya mengendalikan kewajipan hutangnya dan bingung kenapa kerajaan Malaysia mengambil masa terlalu lama untuk memindahkan wang itu.

Perdana Menteri Najib Razak berkata kegagalan 1MDB membayar hutang Abu Dhabi sebanyak AS$600 juta (RM2.6 bilion) pada tarikh akhir 31 Julai hanya isu teknikal, dan bukannya kerana 1MDB tidak ada wang.

“Soal IMDB kita sudah keluarkan kenyataan, maka itu soal teknikal saja bukan sebab tak mampu bayar balik. Kita jangka ia tidak akan jejaskan soal keyakinan kepada ekonomi negara," katanya.
IPIC kemudian memberikan lima hari kepada 1MDB untuk membuat bayaran atau berdepan kewajipan tambahan.

Sumber memberitahu kelewatan itu bukan teknikal, dan ia amat memalukan kerana bank tempatan dan luar negara tidak mahu mengendalikan transaksi dengan awalan 1MDB.

1MDB berdepan kesukaran memindahkan wang dari akaun luar negara, dengan bank Malaysia pun takut hendak melakukan sebarang pemindahan, kata sumber

Jumlah terhutang itu ialah yang pertama daripada dua bayaran berjumlah AS$1.2 bilion kepada IPIC sebelum akhir tahun ini, menurut syarat arbitrasi pada April di London.

Di bawah rundingan itu, 1MDB dan Kementerian Kewangan juga bertanggungjawab bagi semua faedah pada masa depan dan bayaran prinsipal di bawah dua bon, bernilai AS$3.5 bilion keseluruhannya.- themalaysianinsight.com

Tiada ulasan