Pru14: Bersiap Sedia Tahun 2017
Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak mengarah semua
AMANAH Kawasan-kawasan di seluruh Negeri Perak untuk menaikkan bendera
AMANAH sebagai syiar di semua Pusat Khidmat Peduli Rakyat dengan
mensasarkan bahawa tahun 2017 ini adalah tahun Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14).
Selain itu, Mesyuarat Pimpinan AMANAH Perak pada hari
Ahad baru-baru ini turut mengarah agar di setiap rumah Ahli AMANAH untuk
mengibarkan bendera logo AMANAH agar rakyat mengenali akan keberadaan
AMANAH dalam politik negara dan agar mudah untuk mengundi AMANAH pada
PRU14 yang dijangkakan selepas Sambutan Hari Raya tahun ini.
AMANAH Perak merasakan sudah tiba masanya agar penyokong
dan Ahli AMANAH untuk membina semangat rakyat bahawa AMANAH sudah
bersedia menghadapi PRU14 kali ini bersama-sama KeADILaN serta DAP di
dalam Pakatan Harapan (PH) dan juga BERSATU.
Kehadiran AMANAH pada PRU14 kali ini sebagai memenuhi
impian rakyat yang inginkan perubahan dan menunjukkan kesepakatan yang
jitu antara parti yang bersama-sama untuk menumbangkan Barisan Nasional
(BN) dan sekutunya khasnya pada PRU14 nanti.
#HarapanBaru
DR MUHAIMIN SULAM
Naib Pengerusi
Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak
Kalau nak tahu sokongan ada ke tak buatlah perhimpunan anti ruu 355 pulak..
BalasPadam