Isu Pembunuhan Jong - Nam - Adakah Altantuya 2 ?
1. Lolosnya beberapa bahan bukti utama dalam
kes pembunuhan Kim Jong-nam adalah satu lagi peristiwa malang yang
pastinya memberikan kesan kepada imej dan tahap amalan intergriti negara
di mata masyarakat antarabangsa.
2. Ancaman bocornya pintu keselamatan negara
(porous border) adalah persoalan bagaimana rakaman CCTV KLIA 2 yang
merakamkan tragedi pembunuhan Jong nam boleh terlepas ke tangan media
asing dan ditayangkan dibeberapa buah negara diantaranya Jepun dan
Singapura beberapa hari yang lalu.
3. Kebimbangan kepada amalan rasuah dan
penyelewang kuasa yang berleluasa adalah faktor utama yang memungkinkan
berlakunya kebolosan video pembunuhan Jong nam ke tangan pihak asing
yang pastinya merumitkan lagi siasatan kematian rakyat Korea Utara ini.
4. Perdana Menteri dan anggota kabinet mesti
bertanggung jawab sepenuhnya terhadap insiden kebolosan bahan bukti ini
kerana maruah negara sangat tercemar dan terkesan terutama ianya
melibatkan isu betapa rapuhnya pintu keselamatan negara.
5. Di kacamata antarabangsa, kita khuatir isu
pembunuhan Jong-nam akan melahirkan persepsi Altantuya 2. Sudah cukup
wibawa dan intergriti negara tercemar dengan mistsri pembunuhan kejam
Altantuya yang motif kematiannya masih menjadi rahsia sehingga kini.
Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Presiden Amanah
21 Februari 2017
Tiada ulasan