Rundingan Pas-PKR: Hanya isu dalaman parti - Tun Mahathir
MUAR: Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu
meneruskan rundingan bersama Pas, bukan gambaran berlakunya satu konflik
dalam Pakatan Harapan (PH), sebaliknya ianya hanya satu isu dalaman
parti.
Justeru, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui akan mengadakan perbincangan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara berkenaan.
“Tidak ada apa itu, saya kata internal matter (hal
dalaman parti), benda tu kita selesaikan. Ia bukan atu konflik,” kata
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu itu ketika menyampaikan amanat dalam
majlis sambutan ulang tahun pertama parti itu di Bakri, di sini malam
tadi.
Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas warkah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
Anwar antara lain mengingatkan pemimpin parti itu supaya tidak memutuskan hubungan dengan Pas selagi parti itu sedia meneruskan perbincangan.

Tiada ulasan