Header Ads


Terkini

Beri Peruntukan Dana Secukupnya Kepada Sekolah, Kurangkan Bebanan PIBG


Saya ambil maklum cadangan oleh Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkenaan semakan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenai syarat pengecualian cukai kepada individu yang menderma kepada tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Cadangan ini sememangnya boleh dilakukan supaya dapat menggalakkan lebih ramai orang perseorangan untuk menyumbang kepada tabung PIBG. Tetapi adakah pelepasan cukai yang disyorkan dapat memikat hati penyumbang?

Soal PIBG itu aktif atau sebaliknya sememangnya bergantung kepada pelantikan Pengerusi PIBG bagi sesebuah sekolah yang 'pandai' mencari wang selain mengharapkan sumbangan daripada ibu bapa pelajar sekolah sendiri.

Kerajaan Umno BN mesti memperuntukkan dana kepada semua sekolah kebangsaan, Cina dan Tamil dan bukannya memotong bajet yang diperuntukkan kepada sekolah.

https://susukunyitplus.blogspot.my/
Terdapat juga segelintir sekolah yang menggunakan dana PIBG untuk perbelanjaan yang difikirkan kurang sesuai seperti majlis persaraan guru, perpindahan guru, pengubahsuaian sekolah dan sebagainya.

Semua sedia maklum bahawa PIBG berperanan sebagai rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan masalah, birokrasi dan isu yang timbul. PIBG juga membolehkan ibu bapa dalam sekolah berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Pada Julai lalu, satu kes di mana seorang pelajar sekolah rendah di Damansara telah disebat 12 kali disebabkan kelewatan menjelaskan yuran PIBG.

Kejadian seumpama ini tidak boleh dibiarkan berlaku. Ibu bapa sepatutnya tidak dibebankan dengan mengenakan kadar sumbangan yang tinggi dan membebankan dengan taraf kehidupan yang semakin sukar sekarang.

Sandrea Ng 黄诗情
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Perak
Parti KEADILAN Rakyat
Pakatan Harapan
#BinaSemulaNegara

Tiada ulasan