Silap besar kata Mahathir 'musuh Melayu'
Oleh DATUK RAIS HUSSIN
Jikalau terdapat satu butang panik, Timbalan Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun telah menekannya.
Bagaimana? Dengan memanggil bekas perdana menteri dan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai musuh Melayu, dalam banyak-banyak tempat, di Kelantan.
Tidak mengapa, mari kita bentang fakta-fakta. Tiada siapa yang menamakan nama musuh sebelum menjadi musuh melainkan itu yang dimahukan. Memanggil seseorang itu musuh hanyalah memenuhi ramalan kendiri.
Dalam The Art of War, Sun Tzu, seorang genius dalam ketenteraan, mengakui kepentingan mengetahui kemampuan diri sendiri bagi mengalahkan musuh. Tiada dalam praktis ketenteraan Sun Tzu untuk mengidentifikasikan musuh.
Lagipun, Khairul Azwan (foto, atas,kanan) bukan sahaja telah menunjukkan kejahilannya dalam seni perang politik tetapi telah menguatkan kejahilan Pemuda Umno dan Umno sekalian secara amnya.
Setiap kali pertempuran politik berlaku, Dr Mahathir akan dilihat sebagai musuh, tetapi pertempuran-pertempuran itu berakhir dengan sebagai pemenang.
'Menahan kerbau di tanduk'
Bagaimana? Dengan menyebut yang benar, memetik kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin "menahan kerbau di tanduknya”. Dr Mahathir telah berjaya mencungkilkan semua arahan politik.
Ini melibatkan pengasahan bakatnya berdepan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, juga ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi, tetapi beliau sentiasa menghormati Tun Abdul Razak Hussein.
Dr Mahathir berasa berat hati sebenarnya, terpaksa berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerana Najib adalah anak mantan perdana menteri Abdul Razak. Itu sebabnya Mahathir memberi Najib banyak peluang untuk berubah.
Semasa naratif 1MDB tular pada 2012, Dr Mahathir tidak secara terus bersatu dengan pembangkang. Beliau memberikan Najib peluang untuk mendapatkan kembali kepercayaan umum.
Pada 2015, telah jelas bahawa Najib dan Umno sudah hilang sempadan moral mereka. Korupsi, salah guna kuasa dan penyelewangan bukan sahaja telah mencemari 1MDB tetapi MARA, Felda dan Tabung Haji turut berjangkit.
Kalau bukan kerana Dr Mahathir adalah pengerusi Petronas, tentunya orang-orang Najib dan Umno telah menyusup masuk dan merosakkan Petronas.
Sebaliknya kita lihat apa yang Khairul Azwan katakan Mahathir sebagai “musuh utama” bukan sahaja menghina apa yang benar dan mulia, tetapi adalah serangan ke atas semua institusi yang telah dibina untuk mempertahankan Melayu dan rakyat Malaysia.
Usaha bodoh
Kebenaran sangat jelas. Sejak tahun 2009, Najib telah gagal mengurus tadbir urus kewangan Malaysia, pengurusan negara apatah lagi. Sama ada sebagai perdana menteri mahupun sebagai menteri kewangan, Najib telah melakukan banyak kesalahan sendiri bukan kerana pihak lawan.
Dipergunakannya AS$11 billion dolar, bukannya dipinjam dari Bank Dunia atau mana-mana bank pembangunan yang berlambak di dunia ini, sebaliknya dipinjam dari institusi kewangan antarabangsa.
Usaha-usaha untuk mensindiketkan dan mencipta sumber pinjaman dengan pertolongan Goldman Sachs, dalam bahasa yang paling mudah adalah usaha yang bodoh.
Dengan janji mahu mempertahankan Najib dan Umno, Khairul Azwan sedang lakukan apa yang telah diajarkan: iaitu mempertahankan apa yang tidak patut dipertahankan.
Inilah yang membuatkan Dr Mahathir dan BERSATU, dipimpin oleh beliau, sesuatu yang lain.
Bersama-sama dengan parti-parti politik yang lain yang telah melalui fasa yang penuh dengan penipuan, seluruh Malaysia dalam pemberontakan.
Buta, pekak dan bisu
Namun, Khairul Azwan masih lagi buta, pekak dan bisu terhadap kejahatan yang sedang berlaku, sedangkan harga barang pun naik mendadak kerana pembaziran yang dilakukan Najib. Contoh mudah ialah keterlibatan Goldman Sachs dalam 1MDB.
Dengan pengetahuan mereka telah mengenakan caj perkhidmatan yang lebih dari patut terhadap kerajaan Malaysia, Golman Sachs sudah menjangkakan apa yang akan berlaku.
Permainan mereka hampir tamat. Jadi mereka perlu memberhentikan operasi mereka di Malaysia.
Kenapa? Ini kerana lebih daripada 7 peratus komisyen telah dikenakan ke atas Malaysia, walaupun caj pasaran tidak lebih daripada 1.5 ke 2 peratus sahaja. Perdana Menteri atau Menteri Kewangan jenis apa ini yang membuang duit begitu sahaja?
Memakan ego sendiri, di samping di kelilingi penasihat-penasihat yang bukan untuk menasihati tetapi menyediakan perangkap lubang untuk Najib jatuh dengan lebih dalam setiap saat.
Khairul Azwan, buta dengan kebodohan sendiri, menggali lubang sendiri.
DATUK RAIS HUSSIN adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Tiada ulasan