PKR celaru kerana amal politik munafik
Oleh Mohd Sayuti Omar
Rakyat yang benci dan muak dengan kerenah Najib Razak dan kesal dengan kezaliman polisi dan dasar pemerintahannya yang menyeksakan rakyat, lalu nekad mahu melihat kerajaan kleptokrasi ini tumbang tentu kecewa apabila membaca catatan dan ulasan mengenai perkembangan parti PKR nan kini sedang dilanda krisis.
Kenyataan terbaharu Rafizi Ramli yang mendedahkan senario dalam parti cap Mata itu sungguh membimbangkan. Ia bukan sahaja mengelisahkan ahli dan penyokong parti itu sahaja, tetapi terbias kepada parti Pakatan Harapan, kerana PKR masih lagi sebahagian Pakatan Harapan.
Perkembangan masam dalam PKR itu menjadikan semangat rakyat yang meluap-luap yang bergerak untuk menjatuhkan kerajaan UBN sedikit terganjat dan boleh membantutkan langkah menumpulkan nafsu.
Beberapa fakta menggerunkan didedahkan kemudian diikuti dengan cadangan penyelesaian dibuat Rafizi menimbulkan pro kontra di kalangan ahli dan penyokong. Kedua-dua pihak dalam PKR sedang mengasah parang dan akan melakukan perang perdana menjelang Piraum. Sedih.
Bila kita membaca dan menganalisa apa yang berlaku itu jelas ia adalah pertembungan dari segi mengurus parti dan mencari strategi untuk menang. Pandangan berbeza itulah menjadikan PKR tidak sepadu sehingga jadi retak yang bakal menunggu belah.
Mungkin cadangan-cadangan sebagai solusi kepada problem itu baik dan boleh diterima. Cadangan Rafizi agar diadakan kongres khas supaya masalah dihadapi ditentukan ahli juga bagus. Begitu juga yang beranggapan ia perlu diselesaikan tanpa diheret ke dalam kongres dan diselesaikan secara anak beranak, juga baik.
Sepatutnya apa-apa isu diselesaikan dalam bilik secara anak beranak, tetapi kalau ia sudah mendepani jalan buntu yang berlekok-lekok konsesus dalam kongres tidak dapat dielakkan.
Semua saranan itu ke arah kedamaian dan kebaikan bagi mengelakkan berlaku perpecahan yang boleh dieksploitasikan oleh musuh. Sesungguhnya PKR tidak mempunyai tenaga dan kudrat untuk berpecah buah kali kedua. Perpecahan pertama kali disebabkan pertembungan fahaman dan aliran pemikiran dalam parti itu sepatutnya diambil iktibar dan pengajaran. Barang kali para pemimpin PKR melupai akan sejarah keretakan besar yang menimpa parti berkenaan.
Ada juga yang berpendapat tindakan Rafizi mendedahkan pekung dalam PKR itu bagus, atas keyakinan Rafizi dilihat sosok berintegriti. Dianggap apa dibuat Rafizi itu baik kerana berterus terang. Sebaliknya tidak semua menerima perkara itu sebagai baik. Atas maslahat politik ia perlu difikir dua kali. Memang berterus terang adalah sebaik-baiknya tetapi mungkin bukan dalam ehwal siasah.
Kalaupun diadakan kongres dan keputusan dibuat, sejauh mana "kepala ketumbukan" di kedua pihak dalam PKR itu sedia akur dengan keputusan kongres. Belum tentu kongres menamatkan masalah dan menemukan konsensus terbaik.
Sebelum ini pun keadaan dalam PKR bercelaru. Keputusan-keputusan yang dicapai dan dibuat oleh Biro Politiknya, badan ekesekutif tertinggi dilanggar begitu sahaja, macam motorsikal mat rempit langgar tikus basah dijalanan.
Saya tidak fikir kongres itu dapat menyelesaikan masalah dalam PKR, walaupun ia adalah mekanisme terbaik dan berpelembagaan. Yang penting semua pihak kena meletakan kepentingan parti di hadapan dan tidak menjadikan kuasa dan kewangan sebagai matlamat. Apabila kewangan dijadikan kuasa untuk bertindak di sinilah salah dan kacaunya. Begitu juga apabila timbul keraguan di antara satu sama lain maka tumbuhlah bunga-bunga kebenncian dan perbalahan.
Apa yang perlu difokus kini ialah melawan UBN bukan berlawan sesama sendiri. Membentuk parti dalam parti tidak baik. Menjadikan kewangan (material) sebagai kuasa lagi tidak baik. Saya tengok ada elemen itu dalam PKR sekarang ini.
Katakan dalam kongres nanti ahli bersetuju mencapai keputusan agar PKR tidak mengadakan hubungan dengan Pas dan hanya membulatkan pakatan dengan PH sahaja? Apakah jaminan boleh diberikan keputusan itu akan diakuri? Politik itu bersifat seni serba mungkin yang halal mengikut politik diamalkan kini. Politik mempunyai berbagai dimensi dan pemainnya terdedah kepada sifat talam dua muka.
Politik bersifat munafik di mana-mana sahaja. Bermesyuarat bukan memuktamdkan masalah tetapi hanya mencari sedikit masa renggang untuk mendinginkan kepala.
Sebagai contoh lihat apa yang berlaku di Kelantan. Satu masa biro politik PKR sudah membuat keputusan agar semua lantikan politik dalam kerajaan Kelantan ditamatkan pada 31 Julai. Apa jadi, saat pemegang jawatan hendak bertindak mengakuri keputusan itu tiba-tiba ia dimansuhkan pula. Di manakah wibawa dan maruah PKR dalam hal ini. Ertinya ketetapan diambil tidak muktamad. Politik PKR macam chameleon... atau Pok Ko.
Dalam tilikan saya kenapa kecelaruan berlaku dalam PKR ini disebabkan dua perkara besar. Pertama kerana berebut kedudukan kerana dengan kedudukan mahu mengaut kuasa yang kemudian dengan kuasa dianggap menjadi raja apabila semua orang datang menyembah dan meminta dan boleh membuat arahan dan veto. Fenomena ini berlaku setelah parti itu mempunyai kerajaan di Selangor. Kuasa wang digunakan satu pihak untuk menindas pihak lain.
Kedua, berlaku kuasa bertindih, dan tindihan kuasa dalam PKR. Dalam kasus ini kuasa ketua umum begitu besar sekali sehinggakan ia mengatasi kuasa eksekutif parti. Pemimpin jadi celaru apabila ini berlaku di mana apabila ketua umum berpendapat lain dengan keputusan Biro Politik. Keputusan dicapai dalam mesyuarat adalah kalanya terubah apabila ketua umum memberi pandangan berbeza atas maslahat tertentu.
Sikap ketua umum saya lihat tidak konsisten atau ada main kayu dua dan kayu tiga dalam arahan-arahan sulitnya dari Sungai Buloh. Arahan berbeza kepada satu kumpulan dengan kumpulan lain, sebagai teknik telah menimbulkan masalah dan konflit. Kebijaksanaan ini (kelicitan) membahayakan.
Dalam kes dihadapi PKR sekarang ini, perbalahan besar kerana kegagalkan PKR mengkonsensuskan mengenai hubungan dengan Pas. Satu pihak diketuai Azmin Ali mahu bekerjasama dengan Pas khasnya dalam konteks Selangor kerana ia boleh menjamin kedudukan MB Selangor itu, dan satu pihak yang menyokong Rafizi mahu melupai Pas kerana Pas telah menjadi liabiliti. Kedua-duanya ada hujah masing-masing.
Sebenarnya pertentangan ini mudah sahaja diselesaikan kalau ia benar-benar diingini. Caranya, Anwar Ibrahim perlu mengeluarkan satu deklarasi jelas mengenai kedudukan dan hubungan PKR dengan Pas. Deklarasi itu hendaklah dipublishkan kepada semua pemimpin PKR dan ia dibuat dalam satu kertas sahaja. Jangan ada dua atau tidak surat dari Sungai Buloh mengenai hal itu.
Selagi Anwar tidak bersuara mengenai perkara ini, walaupun parti telah membuat keputusan, akan tetap ada tindakan berbeza dari ahli parti berkenaan. Dan apabila deklarasi Anwar itu jelas dan kalau dia sendiri nanti akan menafikannya -- tidak akur kerana ditekan dan sebagainya oleh kuasa wang dalam PKR, maka dia sendiri akan berhadapan dengan sokongan dan menyebabkan hilang kepercayaan umum terhadapnya. Saat itu nanti politiknya akan hanya tinggal rangka.
Pokok pangkalnya sama ada PKR akan terus dengan Pas, atau tidak terletak kemas dalam tangan Anwar. Dalam masalah ini Anwar belum membuat kenyataan berhubung kolaborasi PKR - Pas dan membiarkan sahaja isu ini diselesai oleh budak-budaknya. Kenapa? Kehadiran Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat Abdul Hadi Awang dilihat mewakili Anwar. Jelas.
Nasihat kepada Anwar beliau tidak boleh membiarkan anak buahnya bercemperaian begitu kerana lama kelamaan dia sendiri akan kehilangan sokongan dan wibawanya juga akan beransur luntur. Politik secara munafik hanya halal untuk dimainkan dengan golongan munafik juga. Rakyat dan penyokong sekalian bukan dari munafikun-http://msomelayu.blogspot.my

Tiada ulasan