Header Ads


Terkini

Ngapa Mahathir disuruhanjaya diraja?

OLEH SUBKY LATIF 

DR. MAHATHIR mulai dihadapkan dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD) penyiasatan atas kerugian besar Bank Negara kerana berniaga mata wang asing semasa pentadbirannya dulu.
Dan mulai ada pandangan baru, banyak lagi Suruhanjaya Siasatan Diraja dibuat terhadapnya seperti kes Memali dan lain-lain.

Jika semuanya ditakdirkan berlaku adakah kerana label diktator yang baru dipanaskan oleh penyokong-penyokong Najib atau ia dasar pentadbiran baru Najib?

Cap diktator itu telah ada dulu tetapi ia daripada pembangkang. Sekalipun pemerintahannya keras. Segugus BN dan Umno merelainya, bahkan mereka mahu dia benar-benar diktator bagi yang penyokong degar Umno sekarang tuntut.

Yang keras sepertinya dulu memang boleh cap ia diktator, tetapi diktator yang tepat seperti yang dikatakannya, berkuasa sampai mati, hanya digantikan oleh anaknya, tidak meletak jawatan semasa masih popular dan segar, tidak menggunakan kabinet dan Parlimen sangat.

Nak dikata diktator tak berapa diktator sangat, nak dikatakan tidak diktator, tapi masing-masing cuak dengannya sebagai takutnya orang kepada diktator.

Jika dia diktator seperti Stalin, Ghadaffi dan lain-lain, kerajaan demokrasi dan berparlimen tidak membiarkannya lama bebas dan menikmati berbagai kemudahan kerajaan dan negara.

Jika hendak hidup senang selepas bersara saja logik yang rata-rata Umno suka, jangan kacau masa dan giliran pentadbiran orang lain. Buat saja seperti yang Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi sebagai bekas pemimpin, tak peduli apa yang berlaku, diam, diam dan diam!

Sampai mati dan sampai kiamat dia dan keluarganya dapat nikmat kerajaan semasa. Jika dia diam, anaknya sudah jadi Menteeri Besar Kedah, dan ia adalah tangga memanjat ke puncak.

Tapi orang yang batang tubuh dan hati otaknya dijiwa politik dan pejuang seperti yang Tunku Abdul Rahman Putra buat selepas bersara, tidak dapat membisu atas yang dirasanya tidak wajar dan tidak normal.

Tunku pelupuh pentadbiran Tun Razak. Apabila diganti Tun Hussein dipelupuhnya juga. Ketika semua jongos kata Mahatahir sebagai PM yang kelas, Tunku saja yang terus membalunnya. Orang tak boleh buat apa padanya.

Lama juga Mahathir diam selepas Najib naik tocang. Macam-macam jawatan dan kemudahan diberi kepadanya, tapi dia macam Tunku juga, tidak dapat diamkan cacing menjolok mata. Selepas sindir tak jalan. Tegur tak jalan. Dia bangkit dan tentang.

Bukan dia tidak tahu diapun banyak penyakit dulu, tetapi penyakit tidak menghalangnya untuk berpakat dengan semua bagi meruntuhkan regim liat Najib.

Jika Mahathir itu jahat bagi jongos Umno sekarang sangka, kerajaan dan sistem pemerintahan tidak boleh biarkan Mahathir menikmati semua kemudahan. Bukan dasar dan keinginan Najib hendak membalun Mahathir seperti yang mulai dihadapkan kepadanya sekarang.

Tapi kerana Mahathir tak mahu diam, degil mengancam Najib dan Umno, maka baru mereka mula suruhanjayakan dia. Bisnes anaknya juga dikacau.

Mengapa Mahathir mereka kacau? Kerana Mahathir kacau mereka! Jika Mahathir redha dengan kepincangan yang ada, mereka biarkan Mahathir jadi sawa kenyang. Lambakkan sawa itu dengan macam-macam rezeki.

Tetapi Mahathir sedia jadi habis segala-galanya. Menangis adalah biasa baginya, tapi menangis itu tidak akan menghentinya membangkitkan kelemahan Najib dan kerajaan. Tidak pelik jika dia sedia dipenjara. Itulah Mahathir.















2 ulasan:

  1. Pak Subki, tolong nyatakan apa perkara yang Najib lakukan yang tidak dilakukan oleh Mahathir? Atau apakah Pak Subki tidak melihat bahawa penentangannya terhdap Najib adalah kerana kepentingannya di cantas? lalu dia mengambil kesempatan kemarahan rakyat untuk menggulingkan Najib?

    BalasPadam
  2. Sbb apa zahid sanggup tubuhkan suruhanjaya diraja utk kes memali? Sbbnya mahathir drp PH jadi ancaman kpd umno maka umno sedia tubuhkan rci memali. Tujuanya spya rakyat tahu akn kejahatan mahathir dlm kes pembunuhan org islam di memali suatu ketika dahulu yg nanti akn mengurangkan sokongan rakyat kpd mahathir dan PH.

    BalasPadam