Mengapa publik layan Rahim Noor?
Oleh Subky Latif
PUBLIK khususnya media tidak wajar Rahim Noor, Ketua Polis Negara yang dibuang dari jawatannya kerana melanggar undang-undang. Dia telah disabitkan oleh mahkamah.
Idak layak lagi dia memegang jawatan awam dan kesaksiannya idak oleh dipakai.
Habis mengapa media suka melayan keterangannya dan sekalipun atas nama kebebasan bermedia wajarkan seseorang yang dihukum mahkamah dilayan keterangannya? Wajarkah mana-mana orang yang dihukum mahkamah, baik berat atau ringan, seperti penyangak, perompak atau lanun dilayan keterangannya.
Yang terbaru media melayan keterangannya tentang kejadian Memali dan menempelak TG Haji Hadi sebagai pendorong tindakan Ibrahim Libya.
TG Haji Hadi tidak pernah didakwa mana-mana mahkamah atas apa jua pertuduhan tetapi Rahim Noor sudah disabitkan mahkamah hingga dilucutkan Ketua Polis Negara daripadanya.
Kesalahannya, dia mempelupuh DS Anwar Ibrahim yang dilucutkan dari Timbalan Perdana Menteri hingga separuh mati dan lebam mata.
Mengikut Islam, Rahim wajar diqisas dulu sebelum keterangannya boleh dilayan. Qisas itu bunuh balas bunuh, potong telinga balas potong telinga. Bagi yang membalun mata orang sampai lebam, maka dia wajar dilebamkan matanya.
Bawa dia di depan Anwar, biar Anwar tutuh dia hingga matanya lebam. Jika Anwar tidak terdaya kerana tenaganya tak kuat atau kesian, bolehlah Anwar memaafkannya sebagaimana dia memaafkan Dr Mahathir. Tetapi Rahim mesti bayar diat kepada si pemaaf.
Memandangkan Malaysia tidak memakai hukum qisas, maka sampai mati dan bangkit di akhirat Rahim Noor menanggung dosanya.
Kemudian media dan publik layan pula menempelak sesiapa yang disukainya begitu dan begini.
Sedar atau tidak kita pada masa ini ulama rasmi dan tidak rasmi seperti sekalian mufti serta tokoh-tokoh masyarakat berhempas pulas untuk mewujudkan gencatan senjata antara PAS dan Umno yang selama ini dipersepsikan sebagai paksi perpecahan umat Melayu dan Islam sejak merdeka 60 tahun lalu. Kerajaan bentuk badan bagi meredakan persepsi itu terdiri dari mufti-mufi dan lain-lain.
Tidak perkenannya Agong atas apa yagn dikatakan isu kafir mengkafir, maka dikeluarkan perintah membatalkan debat antara PAS dan UMNO melalui TV secara langsung. Setiausaha Agung UMNO tahun 80-an dulu, Tan Sri Sanusi Junid secara rasmi beri tajuk pada PAS, PAS kata UMNO kafir.
Betapa setianya PAS kepada dikri Agong itu, maka PAS tidak melayan tohmah kafir mengkafir itu jika dibangkit lagi oleh lawannya.
Dan sekarang PAS respons kepada seruan gencatan senjata oleh sang-sang mufti dan lain-lain. Maka PAS mengubah pendekatan politik dari bertempur dengan Umno di mana saja kepada politik matang dan sejahtera – bangkang apa yang wajar dan toleran apa yang patut.
Maka redalah tempur PAS-UMNO itu sekalipun PAS berdepan dengan fitnah besar gara-gara ia dikatakan bersekongkol dengan UMNO dan mempertahankan Najib dengan penyakit politik itu. Kerananya ada orang PAS menubuhkan parti baru. Tapi PAS tegas dengan politik matang dan sejahteranya.
Ketika orang Melayu/Islam mencari kaedah terbaik bagi meredakan politik tempur itu Rahim mahkamah hukum itu seolah-olah curah api dengan isu Amanat Haji Hadi yang boleh memanaskan semula tempur UMNO-PAS itu.
Ditempelaknya amanat itu dorong Ibrahim Libya jadi begitu. Jika itu puncanya mengapa tidak buru TG Haji Hadi, tetapi tahan ikan-ikan bilis seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar, Bakar Chik dan Ibrahim Libya? Seperti mahu mengeruhkan semula orang Islam.

Tiada ulasan