Madrasah Ummah : Menjadi Haraki Dalam Membentuk Peribadi Musleh
Oleh Ustaz Abdul Ghani Samsudin
Dalam mendepani kehidupan yang sentiasa dinamik. Hidup kita juga mesti sentiasa mempunyai kekuatan yang dapat menghubungkan dengan kedinamikaan suasana.
Bagi saya, bersifat harakilah yang akan meningkatkan keberhasilan kita dalam menyesuaikan diri dengan suasana yang dinamik ini. Bersifat melarutkan diri dengan tuntutan waqie’ amat diperlukan oleh ummat kini yang sentiasa runsing akibat setiap permasalahan yang melibatkan percanggahan dan kelompangan perilaku manusia.
Oleh itu tugas dan peranan untuk menjadi muslim haraki ini besar dan tidak akan dapat disempurnakan jika seseorang itu tidak mempunyai bekalan yang secukupnya. Bekalan yang saya ingin ketengahkan ialah pembangunan tarbiyah haraki yang memberi penekanan kepada pembinaan peribadi, keluarga, masyarakat, dan negara.
Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bagaimana mengaplikasikan tuntutan nas dengan realiti yang jauh berbeza dengan era zaman Rasul atau sahabat baginda. Kita harus membezakan kafir yang berada dalam konteks negara madani di mana mereka dilindungi oleh perlembagaan, undang-undang, hak-hak asasi mereka sebagai warga negara tidak boleh diisytihar dengan mudah sebagai kafir harbi yang halal darah kerana kesilapan analogi dan bermudah-mudah dengan nyawa dan nama baik orang lain, lebih lebih lagi jika mereka mempunyai hak civil yang sama.
Konsep politik Islam era kini melalui perkembangan dan pencerakinan yang sesuai dengan tahap perkembangan tamadun manusia. Dasar demokrasi yang murni dianggap paling hampir dengan tuntutan politik Islam yang diidamkan oleh manusia masa kini. Sebab itu penggarapan kajian politik Islam kontemprori mesti dilakukan dengan cermat dengan memerhatikan kelainan geopolitik di negara Islam yang berbeza.
Lantaran itu, aspek pembangunan tarbiyah ini tersangatlah penting untuk diambil tanggungjawab oleh kumpulan Islam/parti Islam kerana ianya mempunyai tanggungjawab yang besar dan berat.
Pelaksanaannya juga mestilah bersistematik dan mempunyai mekanisma yang tersusun dalam mengatur kedudukan ahli, sesuai dengan kebolehan, watak, bakat masing-masing, supaya setiap aktivis wajar ditempatkan pada kedudukan tepat yang membawa manfaat besar pada perjuangan. Nilai dan kudrat kepimpinan yang diperhatikan bukan hanya keupayaan advocat atau penyampaian mesej, khutbah dan syarahan tapi adalah senarai kualiti kepimpinan politik era kini dan ciri-ciri keperibadian dan moral yang matang dan tinggi.
Dasar inilah yang mesti diambil kira terutamanya Parti Amanah Negara yang menghampiri usia 2 tahun penubuhannya. Mengambil manfaat daripada kepelbagaian kebolehan ahli yang ada untuk diperbaiki mutu pembinaan diri, teknik pendekatan dan pengembangan parti. Seterusnya, menyediakan kualiti tambahan yang ada pada diri untuk disumbangkan kepada masyarakat umum.
Mereka yang berada di dalam Amanah akan diberi suntikan Islah dan keluar dimedan umum merenjiskan manfaat dan menjadi Musleh. Inilah haraki yang saya maksudkan yakni membina kualiti, ciri dan nilai ketamadun diri sehingga dapat menyumbangkan manfaat dan menjadi role model kepada orang lain.
Akhirnya ada baiknya kita selitkan perkara 4 dalam "Deklarasi Padang" 2017/1438h ; baru-baru ini yang menekan aspek berikut:
" Pentingnya sikap pro aktif dari seluruh kaum muslimin dalam membangun kesatuan, persatuan dan persaudaraan umat Islam, dengan menumbuh kembangkan sifat tabayyun, husnuzzhan, rasa cinta dan kasih sayang, saling menghargai dan toleran, saling bersilaturrahim dan bermusyawarah, serta menghindari segala hal yang dapat menyebabkan perselisihan, perpecahan dan permusuhan."
Saya akhiri dengan firman Allah di dalam Surah al-Baqarah, 224:
ÙˆَÙ„َا تَجْعَÙ„ُوا اللَّÙ‡َ عُرْضَØ©ً Ù„ِّØ£َÙŠْÙ…َانِÙƒُÙ…ْ Ø£َÙ† تَبَرُّوا ÙˆَتَتَّÙ‚ُوا ÙˆَتُصْÙ„ِØُوا بَÙŠْÙ†َ النَّاسِ ÙˆَاللَّÙ‡ُ سَÙ…ِيعٌ عَÙ„ِيمٌ
(Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.
Ustaz Abdul Ghani Samsudin
Timbalan Penasihat Umum Amanah

Tiada ulasan