Header Ads


Terkini

Kekecohan di forum, pengguna media kecam Umno, Bersatu

Oleh




PENGGUNA media sosial menuding jari kepada Umno dan Bersatu selepas kejadian kekecohan di forum "Nothing to Hide 2.0" , yang menyaksikan suar dinyalakan, selipar dibaling, dan kerusi dilempar ke arah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad.

Mereka mengecam pihak yang menjadi dalang kejadian itu kerana tidak mampu bersikap toleransi dengan debat seperti itu sebagaimana diluahkan Chan Huan Chin.

"Kenapa penyokong BN tidak boleh bertolak ansur dengan perdebatan bertamadun? Memang semuanya untuk disembunyikan," katanya di Facebook.

Tesla Navier berkata beliau pasti tiada sesiapa daripada Umno akan ditangkap, tetapi mereka yang cuba melindungi Dr Mahathir di atas pentas akan dipersoalkan oleh pihak polis.

"... jadi tidak akan ada tindakan. Inilah Malaysia di bawah Najib, Najib menjadikan Malaysia negara yang tidak mematuhi undang-undang aman dan paria," tulisnya di Facebook.

Di Twitter, Danial (@dialialhaziq) menulis: "Apa masalahnya dengan anda semua? Bersyukurlah dengan platform yang disediakan, ini adalah suatu majlis (di mana) anda mencari kebenaran. Menyedihkan #Nothing2Hide".

Dua pengguna Facebook, Johnny Lum dan Ray Ong juga menyatakan rasa tidak puas hati mereka.

"Tak payah tanya siapa dalang! Kita tau dah! Pertanyaannya .. inikah Malaysia yang kita nak?#ABU," kata Lum, menggunakan akronim yang membawa maksud "Asalkan Bukan Umno".
"Kita semua tahu budaya gangster keganasan dan intimidasi. Itu bukan Islam tetapi munafik yang memalukan bangsa dan agama mereka," tulis Ong.

Farrash Hasbollah berkata di Facebook ia "sangat memalukan dan sangat menyedihkan yang beberapa orang bertindak dengan cara ini", manakala di Twitter, @ikhwanridzwan berkata selepas kekecohan itu, hatinya "kini memberitahu saya untuk #DEFENDSELANGOR".

Shaiskandar (@aqiyahafiqah) berasa sedih terhadap Dr Mahathir, perdana menteri Malaysia paling lama berkhidmat yang kini berusia 92 tahun.

"Seorang lelaki budiman mencuba sebaik mungkin untuk menjelaskan apa yang berlaku kepada negara kita. Maaf Tun M. Saya berbangga dengan anda! # Nothing2Hide," tulis pengguna Twitter.
Forum itu dianjurkan Pemuda Bersatu (Armada) sebagai platform bagi bekas perdana menteri dan Najib membahaskan isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Bagaimanapun, Najib tidak hadir.
Sesetengah mencadangkan forum perlu diadakan secara dalam talian pada masa depan, seperti Ah Ping yang menulis: "Buatlah FB (Facebook) secara langsung" dan Amin Hudi mencatatkan:. "Buat forum online la. Tak la kena baling suar."

Tiada siapa yang pasti siapa dalang di sebalik kejadian itu kerana pelakunya memakai baju t-shirt Bersatu. Pemuda Bersatu mendakwa ia palsu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga mengkritik mereka yang menyebabkan kekecohan di Kompleks Pemuda dan Kebudayaan Selangor di Shah Alam itu dan menggesa tindakan polis.
"Apa yang berlaku di forum #Nothing2Hide mesti dikutuk & tidak boleh diterima. Harap polis menangkap mereka yang bertanggungjawab," tulisnya.

Menteri belia dan sukan juga berkata: "Biarkan polis menyiasat" apabila pengguna Twitter lain mengulas yang pelempar suar memakai kemeja Bersatu.

"Mereka menuduh Umno, tetapi orang yang membaling suar memakai baju Bersatu. Terdapat banyak saksi di sana," kata nami cob nobbler (@comradenami) dalam tweetnya.

Seorang lagi pengguna Twitter 'The Noble Messenger (@lanlanegger) berkata,

"Budak-budak nak khianat Umno agar rakyat terus membenci Umno. Budak-budak hingusan dah mempersiapkan bawa suar itu untuk dibaling. Naya Umno rakyat dah benci selalu sangat cetus keganasan."

Nona ZZabidin di Facebook berkata: "Itu kerja puak PPBM nak meraih syukur rakyat. Drama sangat."

Sementara itu, pengguna Twitter lain, Faris Aiman (@FarisAiman) berkata tidak kira siapa yang memulakan kekecohan.

Katanya, Bersatu dalam Pakatan Harapan hanya akan "mencetuskan huru-hara dan merumitkan perkara".

Dilaporkan sebelum ini Bersatu sudah menyerahkan tiga remaja yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu kepada pihak polis

Tiada ulasan