Isunya Bukan Dari Mana Asalnya Tun ,Isunya Zahid Tak Boleh Diharap
Oleh RIDZWAN BIN ABU BAKAR
Kerana terlalu marahkan Tun Mahathir, Timbalan Perdana Menteri , Zahid Hamidi telah mendedahkan kad pengenalan biru yang asal Dr Mahathir atas nama Mahathir a/l Iskandar Kutty. (Mungkin Zahid masih tersilap baca, kerana nama Mohammad telah tidak disebut)
2. Sesungguhnya 'asal usul' para pemimpin tidak memberi kesan kepada perkembangan negara. Bukan lagi rahsia Perdana Menteri Malaysia berasal dari keturunan Bugis, Zahid Hamidi adalah anak kepada seorang Jawa Ponorogo, Reezal Marican Azeez Abd Rahim juga buka asal keturunannya dari kepulauan kepulauan melayu , dan ada dalam kalangan Menteri yang berasal dari Tanah Besar China atau India, ada Ahli Parlimen yang berasal dari Pattani dan lain-lain lagi. Setelah mereka semua menjadi Malaysia mengikut undang-undangan dan peraturan yang teraku, maka persoalan 'asal usul' bukanlah persoalan yang perlu dipolemikkan.

3. Kalau sekadar untuk menjadi bahan 'singgungan' dalam ceramah politik
boleh diterima, bahkan perkara itu seperti telah menjadi rukun dalam
rejim politik lama.
4. ISU BESAR yang sebenarnya adalah sikap Zahid Hamidi yang 'tak boleh diharap' untuk menyimpan data peribadi rakyat Malaysia. Kalau data Peribadi Perdana Menteri selama 22 tahun pun boleh dilelong oleh Timbalan PM, maka apa nak diharapkan dengan maklumat peribadi 'tokey ayam' di market Alor Setar tidak dimanipulasi oleh Zahid Hamidi dan para penjilatnya.
5. Maklumat itu didakwa diperolehi daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dakwaan ini mengesahkan lagi 'syak wa sangka' rakyat selama ini bahawa UMNO BN telah mempergunakan samahunya segala agensi kerajaan untuk berdepan dengan pembangkang. Berita ini adalah berita malang untuk demokrasi di Malaysia.
6. Rakyat Malaysia tidak perlu menuntut Zahid meminta maaf, kerana para pemimpin UMNO tak pernah kenal erti dan makna 'maaf', yang perlu dilakukan oleh Rakyat Malaysia adalah bersatu tenaga untuk NYAHKAN UMNO BN dari persada peta politik Malaysia. Tanpa kesatuan, maklumat dan data peribadi rakyat Malaysia akan dilelong sewenangnya oleh Zahid.
SELAMATKAN MALAYSIA
RIDZWAN BIN ABU BAKAR
Pengarah Komunikasi Negeri Kedah
Parti AMANAH Negara (AMANAH)

Tiada ulasan