Buku adalah tonggak tamadun manusia
Oleh Zin Mahmud
Dulu bila orang sebut mengenai masalah masyarakat kurang minat membaca, aku kata isunya terletak pada masyarakat kurang meminati ilmu. Ini kerana kalau orang meminati ilmu, pasti ia membaca, kerana melalui pembacaan, barulah dapat ilmu. Tetapi kemudian aku dapati bahawa ilmu, membaca dan buku adalah tiga isu yang berbeza terutama dalam zaman multimedia ini.
Orang boleh memperoleh ilmu dalam pelbagai cara tanpa membaca. Orang juga boleh banyak membaca apa saja tapi tidak membaca buku.
Kegiatan membaca buku adalah kategori tersendiri. Dunia pembacaan buku memperkayakan manusia dengan cara yang jauh berbeza daripada cara lain. Tetapi membaca adalah kerja berat.
Maka kempen membaca mesti dikhususkan kepada kempen membaca buku. Sememangnya pembaca buku banyak musuhnya.
Hanya segelintir yang akan menjadi pembaca buku dalam masyarakat. Tetapi bilangan dan mutu merekalah yanga kan mencorak bukan saja industri buku tetapi juga sektor ilmu, malah tamadun negara.
Apahal pun kempen membaca buku ini kena melalui tiga tahap. Menyemai, memupuk dan menyemarak. Pertama sasarannya mesti kepada kanak-kanak. Kalau terlepas daripada jangka waktu ini maka tak akan dapat peroleh mereka.
Ajar mereka membaca dan sukakan mereka pada buku. Akan timbul dua golongan, satu yang suka. Satu yang tak suka. Yang tak suka buku, kita tak boleh buat apa.
Yang suka buku ini juga terdiri daripada dua. Ada yang akan menjadi pembaca buku kerana minatnya dipupuk. Ada yang mula mula berminat tetapi hilang minat kerana tidak dipupuk.
Bila minat itu hilang, ia akan hilang selama lamanya. Untuk pupuk minat baca buku, kena ada kemudahan perpustakaan buku. Buku sebenar. Buku cetak.
Dari yang dipupuk inilah akan menjadi pembaca buku. Mereka menghadapi banyak musuh kerana masyarakat kita memusuhi buku. Maka golongan ini perlu dipertahankan bagi mereka yang masih percaya buku adalah tonggak tamadun manusia

Tiada ulasan