Header Ads


Terkini

4000 Pengundi Hantu memberi Keyakinan UMNO Menang Semula Wangsa Maju ?

Oleh Dr. Tan Yee Kew

Pagi ini kami telah buat satu laporan polis terhadap 240 pengundi hantu yang telah mengguna alamat palsu untuk mendaftar sebagai pengundi di Wangsa Maju. Semua mereka itu adalah dari Daerah Mengundi Taman Melati.

Didalam senarai pengundi yang telah di wartawan dan di pamerkan oleh SPR untuk suku 1 , 2017, terdapat 13,462 pengundi di tambah dalam daftar pengundi di Wangsa Maju , yang mana 7408 adalah pengundi baru dan 6954 adalah pengundi pengundi tukar alamat.

Berdasarkan semakan dan kajian kami , di satu daerah mengundi di Taman Melati saja, terdapat 240 pengundi yang tidak tinggal dan tidak pernah tinggal di alamat seperti di Daftar Pengundi SPR.

Di Kawasan Wangsa Maju terdapat 17 daerah mengundi dan hampir semua telah di masukkan pengundi hantu. Yang paling serius adalah di Daerah mengundi Taman Melati, Wangsa Maju Seksyen 1, Gombak Utara dan Wangsa Melati. Mengikut anggaran awal kami , sekurang kurang 4000 pengundi hantu di syaki telah di masukkan ke Wangsa Maju.

Beberapa hari yg lalu , Pengerusi UMNO Wilayah Dato Seri Tengku Adnan berkata dua kerusi yang menjadi sasaran utama untuk di menangi semula ialah Wangsa Maju dan Lembah Pantai. Kami ingin bertanya Datuk Seri , UMNO yakin akan menang semula Wangsa Maju adakah sebab 4000 pengundi hantu telah di masukkan ke Wangsa Maju?

Walau bagaimana pun saya dan pasukan saya dari Wangsa Maju akan terus mendedahkan pengundi pengundi hantu itu dan terus membuat laporan polis terhadap mereka.

Alamat dalam daftar pengundi adalah alamat tinggal seseorang individu seperti dalam IC nya. Sekiranya seseorang individu tidak tinggal dan tidak pernah tinggal di alamat di IC nya , ini

bermakna ia telah memberi maklumat palsu kepada JPN . Dia boleh di tuduh melakukan kesalahan jenayah di bawah Peraturan 25(fa) di bawah Peraturan Peraturan Pendaftaran Negara 1990. dan boleh di hukum penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000, atau kedua-dua nya.

Ia juga boleh menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 177 Kanun Keseksaan bagi sesiapa yang memberikan maklumat palsu kepada mana-mana kakitangan awam , dan boleh di hukum penjara untuk satu tempoh sehingga 6 bulan atau denda sehingga rm2000 atau kedua-dua nya .

Sudah jelas satu kesalahan jenaya telah berlaku dalam kes kes pengundi hantu itu . Kami mendesak pihak polis supaya menjalankan siasatan secara serius tentang laporan kami. Pengundi hantu itu bukan saja merampaskan hak hak pengundi yang sah dan merosakkan proses demokratik pemilihanraya, tetapi ia juga boleh menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara sekiranya sejumlah besar IC mengguna alamat palsu di IC .

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew 陈仪乔博士
Bendahari Agung
Parti Keadilan Rakyat
Pakatan Harapan
#BinaSemulaNegara

Tiada ulasan