Zahid dedah keturunan India Dr Mahathir
Oleh
TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Dr Mahathir mempergunakan komuniti Melayu dan Umno untuk meneruskan karier politiknya, meskipun bekas perdana menteri dan presiden Umno itu berketurunan India.
Zahid berkata selepas mempergunakan komuniti Melayu dan parti, Dr Mahathir kini meninggalkan Umno dan menyerangnya tanpa henti.
“Dr Mahathir lupa mengenai fakta ini – dia adalah anak Iskandar Kutty,” kata Zahid merujuk kepada bapa Dr Mahathir berketurunan India.
“Pada kad pengenalan birunya, nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Ini diperoleh daripada ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara.
“Patutlah dia mudah lupa, sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty,” katanya pada mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kelana Jaya.
Zahid bagaimanapun menegaskan ia bukan satu serangan peribadi.
“Mudah lupa” ialah kata-kata Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri dan presiden Umno selama 22 tahun. Dr Mahathir mengulanginya kepada orang Melayu kerana mereka “mudah lupa” sumbangan Umno terhadap kebajikan mereka.
Dr Mahathir baru-baru ini dilantik sebagai pengerusi Pakatan Harapan, yang cuba merampas Putrajaya daripada Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14.
“Orang itulah berjuang untuk Melayu dan mempergunakan Melayu,” kata Zahid.
Dia turut menyifatkan Dr Mahathir umpama, “habis madu sepah dibuang” selepas mempergunakan Umno.
Zahid berkata, Umno adalah madu yang digunakan Mahathir manakala ahli parti adalah sepah yang dia buang.
Selepas memimpin parti selama dua dekad, Dr Mahathir meninggalkan Umno tahun lalu, selepas presiden dan Perdana Menteri Najib Razak terbabit dalam skandal 1MDB.
Parti baharu Dr Mahathir, Bersatu dijangka akan meletakkan calon mereka di kerusi yang disandang Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Tiada ulasan