Menyanggah tohmahan Amanah bukan parti Islam
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Selama lebih dua tahun uzur teruk, bermula hujung 2014 hingga awal tahun ini. saya seperti terlepas keretapi, khususnya apabila gagal mengikuti perkembangan politik yang menarik dan mendebarkan ketika itu. Sebahagiannya telah membentuk sejaran baru siasah negara.
Mata yang kabur dan penglihatan yang kelam cukup menganggu konsentrasi pembacaan. Meninggalkan tabiat menatap lembaran akhbar dan helaian buku tentulah menyeksakan. Namun, kepala yang selalu pening, tubuh lesu dan rasa mual ekoran proses hemodialisis tiga kali seminggu mendorong rasa malas untuk memikirkan perkara-perkara selain kesihatan dan keluarga.
Ya, isu bakal datang, berlalu pergi dan mungkin dilupakan. Bumi tidak terbelah dan langit tidak runtuh walaupun kita hanya tersandar sendirian. Dunia tetap berputar seperti biasa. Justeru, mengapa harus risau atau bimbang. Mula-mula memang rasa kekok dan kekurangan sesuatu apabila tidak membaca akhbar, melayari internet ataupun menonton berita televisyen. Kian lama, sudah terbiasa, tiada yang janggalnya.
Garis takdir
Cuma, sesekali tersentuh di kotak fikir, apakah selamanya aku harus begini? Tinggal membeku dan sekadar memerhatikan? Menunggu hari mati. Titik. Tabahkan hati jalani rutin rawatan dan berehat panjang sebagai pesara awal. Belajar untuk ikhlas, sabar dan reda. Ini garis takdir yang harus diikuti. Saya berperang dengan diri sendiri.
Bukannya bertapa dalam gua atau beruzlah di pergunungan. Sesekali kemaskini juga akaun Facebook yang mengumpan pelbagai reaksi. Sukar mengasingkan diri daripada rentak dan debar kehidupan. Sementara situasi politik terus bergolak dan berkrisis. Iklim dan hawanya berubah. Panas membahang, rimas menyerkup. Saya mesti segera keluar dari persembunyian.
Secara khusus, tragedi terbesar apabila ramai rakan dan kenalan terkeluar daripada Pas. Saya tidak dapat bertemu mereka untuk bercerita lanjut. Pastinya, itu adalah keputusan paling sulit terpaksa dijalani dalam takah-takah kehidupan.
Tidak perlu dirakamkan lagi perasaan dan emosi ketika itu. Sejarah sudah terukir. Yang tinggal hanya kenangan dan iktibar. Tiada kepahitan. Perjuangan adalah kemanisan. Segalanya memori indah penuh bermakna. Satu lagi parti Islam terpaksa ditubuhkan.
Parti Islam ditolak
Mulanya mereka -- atas nama Gabungan Harapan Baru (GHB) -- membuat permohonan parti baru kepada Pendaftar Pertubuhan, atas nama Parti Progresif Islam. Tetapi, secepat kilat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi isytihar di Marang, Terengganu, permohonan itu ditolak. Alasan lusuh, Islam bukan milik mana-mana pertubuhan apatah lagi parti.
Alternatif terpaksa dicari, dengan mengambil alih parti yang sudah tidak aktif, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, seterusnya dilancarkan pada 16 September 2015, atas nama Parti Amanah Negara. Walaupun dihalang memakai jenama agama, Amanah tetap memilih Islam sebagai dasar dan teras perjuangan.
Saya pun hanya tertarik dengan Amanah jika ia mempunyai jati diri sebagai parti Islam, bukan semata-mata sebuah parti pembangkang. Agak sukar mendapatkan teks perlembagaan Amanah, sehinggalah beberapa teman rapat menunjukkannya. Tentulah memakan sedikit masa kerana perlembagaan lama Parti Pekerja perlu dipinda dan diluluskan ROS.
Selain memartabatkan dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan, fasal 3 perlembagaan memaktubkan, tujuan parti Amanah adalah mendirikan sebuah negara dan masyarakat madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Lil 'Aalameen). Di samping melaksanakan pemerintahan yang berteraskan tadbir urus yang baik selari dengan tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan, kecekapan dan ketelusan.
Terubat kedukaan
Saya bersyukur dan rasa lega membacanya. Terubat sedikt kedukaan kerana terpaksa meninggalkan Pas, parti Islam yang sudah sebati dengan jiwaraga. Dalam masa sama, walaupun agak terbatas pergerakan dan tidak berupaya untuk menghadiri program parti baru ini, saya berusaha mendapatkan pandangan teman-teman yang lebih arif.
Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata. Amanah berpegang kepada fiqh politik yang menekankan aulawiyat, muazanat dan at-ta'ayush dan bukannya fiqh permusuhan seperti amalan kepimpinan Pas masa kini. "Tujuannya menegakkan sebuah negara yang menjadi rahmat berdasarkan maqasid syariah dan dengan pendekatan politik Islam yang progresif, inklusif, sederhana, dan demokratik," tambahnya, menjawab mesej persoalan saya.
Pensyarah kanan UTM yang mengikuti dari dekat perkembangan Pas dan penubuhan Amanah itu merumuskan: "Kepimpinan Pas terdahulu (Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat) lebih menonjolkan kefaqihan dan kebijaksanaan fiqh politik. Kedua-duanya lebih memahami bahawa fiqh Islam adalah bersifat fleksibel serta mampu berkembang pada perkara furu' dan hukum juz'i."
Dalam kunjungan ke rumah saya, mengulas pandangan yang menyarankan seeloknya Amanah tidak ditubuhkan, cukup dengan sertai parti sedia ada, seperti KeADILan, seorang pemimpin kanan Amanah. yang juga ahli Parlimen berkata: "Mereka ini, termasuk kawan-kawan kita sendiri dalam Pakatan Harapan, tidak faham mengapa Amanah perlu wujud. Kita berjuang atas idealisme dan prinsip yang sama, ditautkan oleh persaudaraan Islam, barulah ada keserasian dan keselesaan."
Mengapa sertai Amanah
Saya bertanyakan juga pendapat sahabat baik, Zin Mahmud, bekas pengarang kanan Utusan, teman berkongsi idea. Biarpun lama bertugas di Utusan Melayu, Zin adalah ahli Pas sejak muda (malah berpengalaman mengasaskan penubuhan Pas cawangan di Keramat dalam kawasan Parlimen Titiwangsa) dan pernah mengetuai Harakah pada awal 1990-an. Soalan saya mudah, kenapa anda sertai Amanah dan keluar Pas?
"Pengasas Amanah adalah penggerak penting Pas sejak 1982 hingga Pas capai kejayaan dan diterima banyak rakyat Malaysia termasuk bukan Islam. Apabila mereka dipinggirkan dan tubuh Amanah, maka saya bersama mereka. Mereka berjuang untuk Islam, sebab itu mereka sebelum ini menyertai Pas. Tetapi majoriti perwakilan menolak mereka, maka mereka terpaksa meneruskan perjuangan Islam melalui Amanah.
"Amanah seperti Pas sebelum 2015 memperjuangkan Islam yang luas, untuk semua. Pas kini berubah jadi seperti Umno, berjuang untuk orang Melayu-Islam. Keistimewaan Amanah, programnya lebih menepati keadaan negara dan dunia hari ini, progresif dan inklusif.
"Masa depan Amanah cerah dan mampu menjadi parti utama negara. Kalaupun buat masa ini, ia belum berjaya, tetapi saya tetap bersamanya kerana fahaman politiknya adalah benar. Kita menyokong sesebuah parti itu adalah kerana fahaman politiknya, programnya dan pemimpinnya," jawab Zin panjang lebar, semasa menziarahi saya di rumah. Walaupun kami sama-sama uzur, dan bertaraf pesara awal, Zin agak kerap bertandang ke kediaman saya. Beliau juga nampak ghairah untuk mengetahui situasi terkini Amanah.
Prinsip dan pemikiran terbuka
Saya juga meneliti siri wawancara dengan pimpinan Amanah, antaranya Penasihat Umum, Ustaz Ahmad Awang. Dalam akhbar mingguan Amanah, beliau berkata, "Kebanyakan parti Islam ditubuhkan kerana masalah politik. Tapi Amanah lahir oleh bekas pemimpin Pas yang membawa prinsip dan pemikiran keterbukaan dari sudut perspektif Islam, menjadikan Islam ini diterima. Islam bukan diturunkan untuk individu dan kaum tertentu tapi untuk seluruh manusia."
Ditanya keistimewaan Amanah berbanding parti Islam yang lain, Ustaz Ahmad menjelaskan: "Perbedaan pokoknya adalah kita melihat lebih kepada pelaksanaan maqasid syariah (tujuan syariat diturunkan). Dalam konteks untuk memperlihat keadilan Islam dalam urus tadbir pemerintahan hari ini yang penuh dengan segala macam kerosakan."
Diasuh tradisi kewartawanan selama hampir 30 tahun, saya tidak puas dengan hanya bersumberkan bahan bacaan dan rakaman dalam Youtube. Menjelang Konvensyen Nasional Amanah di shah Alam pada 10 Diseber 2016, saya berazam untuk menghadirinya bagi melihat sendiri perjalanan perhimpunan agung tahunan itu. Mungkin juga dapat bertemu kenalan-kenalan lama, yang pernah bersama-sama Pas, dan mengikuti perbahasan para perwakilan.
Malangnya, pada pagi Sabtu itu, walaupun telah menjadualkan semula rutin hemodialisis, dan seorang sahabat karib sudahpun sampai depan pintu rumah untuk membawa saya ke Shah Alam Convention Centre, tahap kesihatan tiba-tiba merosot. Saya sekadar dapat menghadam dokumen bertulis Pidato Presiden, Mohamad Sabu yang dihadiahkan oleh seorang wartawan yang mengikuti kongres bersejarah itu.
Bukan liberal
Dalam ucapannya itu, beliau menegaskan: "Membawa mesej islam sebagai Rahmat Untuk Semua bukan bermakna kita dikatakan terlalu bertoleransi (liberal) serbaliknya kebersamaan itu adalah kekuatan manakala keseorangan itu adalah kelemahan. Tujuan politik kita (fiqh siyasi) adalah meraikan kebersamaan namun menghormati perbedaan dan kepelbagaian. Perjuangan politik adalah urusan muamalat sesama manusia. Bersama dalam perkara muamalat bukan bermakna mesti bersama dalam perkara aqidah. Berbeza dalam perkara mualamat, bukan juga bermakna berbeza dalam perkara aqidah."
Mohamad juga merumuskan bentuk negara yang diimpikan Amanah: "Seluruh segmen warganegara dapat digembleng potensi keupayaan dan kepakaran mereka bagi membina sebuah masyarakat yang menyantuni nilai-nilai kesederhanaan. keterbukaan, demokratik, hormat menghormati, bersatu padu dan berdaya maju sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan."
Tentu sahaja segalanya itu tidak mencukupi untuk saya lebih mengenali, memahami dan menghayati perjuangan Parti Amanah Negara. Kolum Tanweer Usbu'ii atau Pencerahan Mingguan, yang disiarkan saban minggu oleh akhbar Amanah juga banyak membantu. Ruangan tetap pada halaman empat ini diisi oleh para asatizah dlam Amanah, yang menjelaskan asas, dasar dan pendekatan parti Islam ini.
Parti Islam Amanah
Saya turut tertarik dengan ucapan Husam Musa, bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan, ketika awal menyertai Amanah apabila beliau sering menyebut Amanah sebagai "Parti Islam Amanah". Mungkin serasi dengan keadaan masyarakat di negeri Serambi Makkah dan hasil tarbiyah langsung Tok Guru Nik Aziz, Amanah dipopularkan sebagai sebuah parti Islam dan perlu memperkukuhkan jati dirinya dengan jenama tersebut.
Dalam pada itu, saya terjumpa tulisan yang agak baik, dinukilkan kembali oleh Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dalam akaun Facebook beliau, berdasarkan luahan hati sahabat baiknya:
"Majoriti mereka ini (pimpinan Amanah) aktivis politik yang cukup istiqamah, aktif dan progresif semasa dalam Pas. Majoriti mereka ini orang lama, bukan orang baru 2-3 tahun sertai Pas, tapi 20-30 tahun.
"Disebabkan mereka faham dan masak apa itu politik Islam, maka mereka menubuhkan dan sertai Amanah. Parti yang 'sama' dengan Pas, iaitu mengambil Islam sebagai dasar perjuangan.
Kumpulan cekal, progresif
"Mereka ini kumpulan yang benar-benar berani mengambil risiko, kumpulan yang independen tanpa kebergantungan kepada mana-mana pemimpin. Kumpulan yang cekal dan progresif. Kumpulan ini mahu membawa dimensi politik Islam yang sederhana, relevan kepada keperluan politik semasa.
"Sebenarnya, mereka tiada masalah dengan Pas. Tapi mereka 'bermasalah' dengan kepimpinan baru Pas, yang mengambil pendekatan politik yg cukup keras, tiada diskusi, diplomasi dan kompromi. Kepimpinan 'diktator' atas alasan agama, tetapi menolak pandangan-hujah agama yang tidak selari dengan mereka, 'Hollier than thou'.
"Mereka bukan pengkhianat Pas. Sepanjang belasan dan puluhan tahun bersama Pas, mereka tidak pernah mengkhianati Perjuangan Pas. Mereka melihat politik itu sebahagian dari Syariat. Perkara yang boleh memberatkan amalan kebaikan di akhirat kelak."
Semua pandangan itu, menyuntik kembali semangat untuk saya bersama-sama membantu parti baru ini, walaupun dari atas perbaringan! Harapnya, ia diterima sebagai amalan baik jihad pena. Sekurang-kurangnya di waktu sakit, lagu rasmi Parti Amanah Negara, dengan irama dan liriknya cukup menawan dan menghiburkan!

Tiada ulasan