Header Ads


Terkini

Solidariti H355… Padang Merbok penuh warna ungu

Inilah himpunan terbesar pada tahun ini yang selayaknya digelar himpunan raksasa. Himpunan bertemakan warna ungu, warna kedamaian dan perpaduan buat semua. Dalam pada Himpunan H355 anjuran PAS dan beberapa NGO ini mendapat sambutan hangat, namun masih ada suarasuara dengki yang memberi gambaran salah kepada himpunan ini.

Sebelum himpunan lagi, PAS difitnah dengan pelbagai tuduhan yang langsung tidak masuk akal, malah menjadi semacam satu ‘tabiat’ kepada PAN dan DAP khasnya mencari isu yang tidak logik untuk dihadapkan kepada PAS tatkala PAS semakin diterima masyarakat umum.

Parti-parti tertentu seperti DAP cuba untuk menunjukkan bahawa merekalah juara membela masyarakat bukan Islam.

Sedangkan mereka hanya mahukan sokongan semata, tatkala sokongan bukan Islam juga sebenarnya telah mula beralih, tidak lagi kepada DAP mahupun sekutunya PAN.

Dalam usaha PAS khasnya Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meneruskan perjuangan memartabatkan bidang kuasa mahkamah Syariah, DAP dan PAN bersungguh-sungguh menjadikannya sebagai isu politik, malah dituduh kononnya dengan usaha ini PAS mahu bergabung dengan Umno.

Walhal, usaha meningkatkan martabat dan peranan Mahkamah Syariah ini adalah agenda berterusan PAS sejak dahulu termasuklah semasa bersama Pakatan Rakyat lagi. Namun jodoh tidak lama kerana DAP begitu lancang menghentam agenda PAS, dan akhirnya Pakatan Rakyat terkubur kerana keangkuhan DAP.

Tidak cukup dengan itu, Rang Undang-undang Akta 355 Mahkamah Syariah (Pindaan 2016) ini cuba dicerminkan olehgerakan liberal di kalangan orang Islam yang konsisten menentang sebarang usaha untuk memartabatkan Islam.

Peranan beberapa kelompok Liberal memberi gambaran salah tidak seidikit pun mematahkan usaha PAS khasnys Tuan Guru Abdul Hadi membawa RUU355 ini ke Parlimen. Selepas beberapa kali akhirnya dengan izin Allah, pada Mac ini dijangkakan pembentangan dan perbahasan akan dilaksanakan.

Selari dengan itu maka Himpunan H355 yang mendapat sokongan padu seluruh umat Islam, NGO dan pelbagai pihak pada 18 Februari lalu menjadi bukti bahawa rakyat di negara ini seia sekata, bersolidariti untuk memastikan RUU 355 menjadi kenyataan.

Tahniah kepada mereka yang bersama-sama menjayakan himpunan H355 yang menjadikan ibukota Kuala Lumpur ‘ungu’ pada Sabtu 18 Februari 2017 yang menjadi satu titik sejarah.-Editorial Harakah

Tiada ulasan