Islam adalah agama sejahtera
Oleh DR MUHAMMAD ATIULLAH OTHMAN
“ISLAM adalah agama yang Allah redhai.” Maksud ayat ini, Allah sebagai Tuhan yang bersifat “Salam” iaitu yang Maha Sejahtera menyukai dan meredhai agama Islam. Dialah yang menamakan agama ini sebagai Islam.
Agama yang Dia wahyukan kepada nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Jibril a.s. Dia jugalah yang menamakan penganut agama Islam sebagai Muslim sebagaimana firman-Nya.
Oleh demikian, Nabi Muhammad s.a.w. menyebut ciri orang Islam dengan golongan yang memberi kesejahteraan kepada orang lain dari sudut perkataan dan perbuatan.
Namun, mengapakah Barat pula yang bercanggah pendapat dengan mendakwa Muslim adalah pengganas bukan golongan yang membawa kesejahteraan? Hal ini merupakan tanggapan yang sengaja diapi-apikan sejak peristiwa 911 tanggal 11 September 2001 yang selanjutnya menjadi slogan George Bush melancarkan kempen antipengganas.
Sebenarnya, banyak pandangan ahli akademik Barat yang mempertahankan Islam sebagai bukan punca keganasan dan Islam bukan agama pengganas. Antara tokoh Barat yang mempertahankan Islam adalah Esposito, Fuller, dan Midlarsky.
Paling menarik adalah pandangan Fuller yang menerbitkan buku World without Islam. Buku ini sangat popular dan laris. Ideanya juga sangat bernas yang memerhatikan Islam dari sudut geopolitik.
Kedudukan geografi Islam yang menguasai Asia Barat, Afrika Utara, Turki, Parsi, Benua Kecil India dan Kepulauan Melayu merupakan kawasan yang padat penduduk yang pasti mempunyai ragam dan konflik yang tersendiri.
Fuller juga melihat dari sudut sejarah sejak zaman berzaman, kawasan geopolitik Islam merupakan kedudukan paling tengah yang berkonflik dengan pelbagai kaum dan peradaban. Peradaban terawal iaitu peradaban Mesir, peradaban Babylon, peradaban Byzantium, peradaban Parsi dan peradaban Hindu adalah merupakan kawasan peradaban tinggi dan menduduki kedudukan penting dalam sejarah peradaban.
Di tengah-tengah peradaban inilah, Islam membawa panjipanji kesejahteraan menggabungkan manusia dari pelbagai ras dan benua, malah panji Islam menerobos masuk ke dalam pelbagai peradaban manusia.
Jikalau Islam benar-benar ganas dan kasar, tentu sekali panji Islam yang sejahtera tidak diterima di kawasan yang mempunyai latar belakang peradaban, ilmu dan budaya. Bahkan, panji kesejahteraan dengan nama Islam merupakan mercu penting syiar Islam membawa manusia kepada hidup sejahtera dan bersatu padu.

Tiada ulasan