Cerahnya masa depan PAS pasca-355
Oleh Al-Abror Mohd Yusuf
Mari saya perkenalkan suatu watak. Andaikan saja namanya Encik Audi, seorang kakitangan kerajaan yang pernah berani melanggar perintah bawah surat pekeliling yang melarang penjawat awam menyertai demonstrasi.
Suatu ketika dulu khabarnya dia pernah turun ke Kuala Lumpur membawa topeng gas untuk menyertai himpunan BERSIH. Tapi itulah kali terakhir dia menyertai demonstrasi walaupun himpunan BERSIH diadakan beberapa kali selepas itu.
Encik Audi seorang yang peka kepada hak demokrasi dan pilihan raya di negara ini. Dia juga mengikuti hampir setiap perkembangan politik dalam dan luar negara.
Pada Sabtu lalu - selepas sekian lama tidak berada di tengah Kuala Lumpur dengan semangat berkobar-kobar - Encik Audi turun ke Padang Merbok. Seperti ribuan orang Encik Audi berbaju ungu.
Antara semangat dan rasa mahabbah yang melimpah-limpah dia mendengar satu demi satu ucapan yang disampaikan oleh tokoh-tokoh terpilih di pentas yang disiapkan di hujung padang.
Dalam hatinya, dia yakin benar apa yang dilakukan pada siang - dan malam - itu adalah jihad. Justeru Encik Audi tidak mengharapkan apa-apa kecuali rahmat Allah.
Kemudian ada pula seseorang yang kita namakan saja dia sebagai Ustaz Somi. Namanya dalam kad pengenalan mungkin bukan begitu. Mungkin Sohaimee atau seumpamanya. Tapi panggil saja dia Somi. Ustaz Somi.
Dia orang agama, mendapat pendidikan di Timur Tengah. Bahasa Arabnya fasih dan pekat, malah mungkin lebih fasih dan pekat berbanding bahasa Melayu yang baku.
Mahkamah wajib diperkasa
Dia mungkin datang ke Kuala Lumpur menaiki Estima atau Alphard. Imej mesti dijaga, kerana ia turut memberi kesan kepada Islam yang menjadi pegangan.
Ustaz Somi bertanggungjawab mengajak orang ramai supaya turun ke Padang Merbok menyertai Himpunan 355. Bagi beliau, himpunan itu adalah tanda iltizam partinya memperjuangkan agenda Islam.
Sama ada ia hudud atau bukan, itu boleh dibincangkan kemudian.
Mahkamah syariah wajib diperkasa. Kerajaan - khususnya Umno - dilihat sudah kian lunak dan memberi sokongan. Ia adalah isyarat cukup baik untuk parti disokong.
Sesiapa saja yang bersikap keras atau menentang cadangan meminda Akta 355 itu mesti dicurigai. Ada kemungkinan besar penentang itu penyokong DAP atau ejen Kristian. Atau penyokong DAP yang menjadi ejen Kristian.
Paling tidak, penentang itu - bagi Ustaz Somi - seangkatan dengan Siti Kasim.
Kata kuncinya, menurut pegangan Ustaz Somi, ialah tawakal. Formulanya juga agak mudah - daripada dua bahaya, pilihlah mudarat yang lebih kecil.
Mudarat terbesar bagi Ustaz Somi tentulah DAP.
Akal sihat susah terima
Ustaz Somi dan Encik Audi tidak bertemu di Padang Merbok, namun mereka disatukan oleh sebuah keyakinan - Islam yang mereka perjuangkan akan menang asalkan mereka istiqamah.
Kemudian di luar lingkungan mereka ada ramai lagi orang yang mengambil sikap sendiri. Mereka berpendapat cadangan meminda Akta 355 itu wajar tetapi kaedah yang diambil itulah meragukan.
Perkembangan plot untuk meminda akta itu tidak kukuh. Kira-kira sama macam peningnya fikiran orang bagaimana geng Al-Maunah membawa lari sekian banyak senjata api dari kem tentera.
Atau peliknya memikirkan mengapa geng itu bergegar jiwa mereka mendengar lagu Getaran Jiwa.
Ia bukan mustahil, tapi susah hendak diterima akal yang sihat. Dan dalam keadaan begitu pelbagai kemungkinan dapat difikirkan, termasuk teori konspirasi.
Dan mereka bukan pengikut Siti Kasim, nyamuk atau agas.
Untuk berlaku adil, di luar lingkungan itu juga ada kelompok yang percaya PAS kini semakin gagah dalam melangkah. Jumlah kehadiran himpunan itu - walaupun berbeza-beza antara satu pihak dengan pihak lain - sama sekali bukanlah alasan untuk berdukacita.
Sejak sekian lama, ceramah PAS memang dihadiri "ratusan ribu" orang. Untuk mendengar jumlah yang menggetarkan jiwa pada setiap ceramah atau majlis PAS, dengarlah anggaran yang selalu dibuat bekas naib presiden parti itu, Datuk Hasan Ali.
Maka benarlah keyakinan PAS bahawa mereka akan menjadi lebih kuat apabila meninggalkan Pakatan Rakyat.
Dan benar jugalah bacaan ketua pemuda PAS yang berwibawa itu, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Bagaimana jika selepas ini orang Umno dan pemimpinnya mula menerima dan rela jika PAS menang lebih baik dan lebih besar sehingga 40 kerusi parlimen atau lebih?
Memang besar benar kemungkinan untuk Umno membenarkan PAS menang besar.
Lihat bagaimana mesra dan akrabnya pemimpin kedua-dua parti, Nik Abduh sangat betul untuk menjangkakan Umno akan membenarkan PAS menang besar pada pilihan raya umum akan datang.
Dan impian bersama kita ialah untuk melihat wakil rakyat PAS menjadi ketua menteri di Pulau Pinang. Nak mengimpikan PAS jadi ketua menteri di Sabah dan Sarawak mungkin terasa keterlaluan.
Ustaz Somi tentu boleh tersenyum senang kerana peluang melahirkan pengikut seperti Encik Audi semakin terbuka luas.

Tiada ulasan