Header Ads


Terkini

'Tiada peluang untuk daftar HARAPAN'

Peluang tipis untuk Pakatan Harapan (HARAPAN) didaftarkan menjadi sebuah gabungan rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), kata setiausaha organisasi DAP Anthony loke.

Dalam laporan di Kwong Wah Yit Poh Loke menggunakan simpulan bahasa Cantonese, menyifatkan peluang itu sebagai 'lebih dingin daripada air' dalam menyampaikan maksud tiada harapan bagi HARAPAN bertanding menggunakan satu logo sahaja.

HARAPAN telah menyerahkan deraf perlembagaannya kepada ROS pada 24 Julai lalu dan logonya pula diserah pada 28 Julai 2017.

https://susukunyitplus.blogspot.my/
Gabungan itu diberikan maklum balas segera berhubung logonya, yang telah dipinda dan diserahkan semula pada 31 Julai lalu.

Tiada perkembangan lanjut selepas itu.

Susulan itu, Loke berkata HARAPAN akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah mereka selanjutnya.

Beliau berkata HARAPAN perlu segera menyiapkan rundingan kerusi. Beliau percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan mengumumkan PRU14 pada Oktober mendatang ini.

Loke berkata Najib mungkin akan membuat pengumuman apabila beliau pulang daripada lawatan rasmi di Amerika Syarikat.

Najib akan pergi ke AS bulan ini dan diaturkan akan bertemu Presiden Donald Trump pada 12 September 2017.

Tiada ulasan