Header Ads


Terkini

Halimah Yacob Bukti Anak Melayu Singapura Kompetitif


1.Tahniah dan syabas diucapkan kepada Puan Halimah Yacob kerana diangkat menjadi *Presiden Republik Singapura yang ke-8* selepas diumumkan tiada pencalonan selain beliau.

2. Halimah merupakan satu-satunya calon yang diumumkan tanpa pencabar menunjukkan betapa rakyat Singapura *matang dalam berpolitik dan memilih kepimpinan negara.Ia juga adalah lambang kebanggaan masyarakat melayu Singapura*.

3. Pemilihan Halimah yang berusia 63 tahun sebagai Presiden ke-8 Republik Singapura dilihat bukan atas simpati atau penggiliran tetapi diatas *merit dan ketokohan yang ada pada dirinya sendiri dan bangsa Melayu Singapura*.

4. Berlatar belakangkan pendidikan yang terbaik dari Universiti Singpura dalam bidang Undang-undang seterusnya *mendapat pengiktirafan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Kebangsaan Singapura* menunjukkan peguam anak Melayu Singapura ini sememangnya kompetitif dikalangan rakyat kerana menjadi dasar kerajaan Singapura untuk menjadikan *prestasi dan nilai kualiti* sebagai merit dalam profesion dan masyarakat.

5. Halimah juga membuktikan bahawa sebagai pemimpin yang mempraktikkan *pengamalan muamalat dan cara hidup Islam* tidak mengahalang untuk terus maju dalam komuniti masyarakat majoriti bukan Islam sekaligus membuktikan Islam adalah agama *rahmatan Lil alamin* yang sememangnya menekankan kualiti dan perpaduan kaum.

Meskipun kekuasaan di Singapura sepenuhnya dipegang oleh Perdana Menteri, Halimah dipercayai tetap dapat berdiplomasi dengan negara-negara lain di kawasan Asia Tenggara dan Singapura akan lebih mudah berhubungan dengan berbagai negara.

6. Saya amat yakin dengan pemilihan Puan Halimah Yacob sebagai Presiden yang baru akan membantu *meningkatkan lagi kualiti ekonomi dan politik masyarakat melayu Singapura* yang diwar-warkan sebagai masyarakat kelas ke tiga dan mundur. Dengan imej beliau juga, adalah diharapkan masyarakat antarabangsa akan dapat melihat betapa *kompetitifnya wanita melayu Islam yang diberi ruang dalam berpolitik dan berkeluarga setanding dengan kaum lelaki*.

7. Sebagai Wanita Pertama Singapura dan anak Melayu Islam dikalangan wanita pertama dilantik ke jawatan Speaker Parlimen Republik Singapura juga telah *membuktikan segala tanggapan negatif terhadap Islam dan Melayu di Singapura*. Terpilihnya Halimah Yacob tentu membawa angin segar untuk politik di kawasan Malaysia kerana beliau Presiden wanita pertama dan berketurunan serta beragama Melayu Islam.Ini sangat berkait erat dengan Malaysia.

8. Pengalaman ketika lawatan saya ke Parlimen Singapura dan pertemuan bersama Menteri-Menteri Melayu Islam Singapura pada 2016 yang lalu, *saya melihat dengan kagumnya bagaimana cara beliau memimpin sidang parbahasan parlimen dengan cekap dan harmoni*. Bakat kepimpinannya turut diakui oleh Menteri Penerangan dan Komunikasi Haji Yaacob Ibrahin dan Menteri Pertahanan Hj Maliki Osman dalam kunjungan hormat saya tempohari.

9. Semoga perlantikan beliau ini akan mengharmonikan rakyat Singapura dan *mengeratkan lagi hubungan bilateral antara Singapura dan Malaysia* serta menobatkan Islam sebagai agama untuk semua.

Tak hanya bagi Malaysia, Halimah dipercayai dapat membawa Singapura memiliki hubungan bilateral yang baik dengan negara-negara lain di dunia. *Mantan penjual nasi padang* itu diyakini dapat membawa kesejukan untuk dunia politik Singapura.

*Dato Haji Mahfuz Omar*
Ahli Parlimen Pokok Sena

Tiada ulasan