Tiada perbincangan kerjasama politik dengan PKR
PAS sehingga sekarang belum menjalin kerjasama
politik dengan PKR biarpun ada pemimpin tertinggi parti itu menziarahi
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, setahunya perbincangan dengan PKR belum ada.
“Mungkin ada yang mengambil kesempatan ketika pimpinan PKR menziarah Tuan Guru Presiden baru-baru ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Laman Mural Seni Budaya Tumpat di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur, hari ini.
Baru-baru ini Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilapor berkata beliau terbuka untuk bekerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 bagi menjatuhkan kerajaan BN.
Dr Wan Azizah mengeluarkan kenyataan itu beberapa hari selepas beliau dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali melawat Presiden PAS.

Tiada ulasan