Header Ads


Terkini

PAS Selangor: Wan Azizah usah bimbang, kami serius nak tumbang BN

PETALING JAYA: PAS Selangor menasihatkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk tidak bimbang mengenai keseriusan parti Islam itu untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Malah, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata pihak sedia berbincang dengan mana-mana pihak untuk menunjukkan keseriusan PAS menumbangkan BN.

“PAS telah berusaha keras sejak dahulu hingga sekarang untuk menumbangkan BN. PAS telah menyediakan dan melancarkan jentera di setiap DUN bagi menghadapi BN.

“Jentera PAS buat masa sekarang begitu bersemangat untuk bekerja tanpa dibayar bahkan mereka yang sedia mengeluarkan belanja bagi menghadapi BN dalam PRU14.

“Apalagi yang menunjukkan PAS tidak serius menumbangkan BN,” katanya kepada FMT berhubung kenyataan Wan Azizah kelmarin yang menyatakan hasrat PAS untuk bertanding di beberapa kerusi PKR di Selangor menunjukkan parti Islam itu tidak serius menumbangkan BN.

Wan Azizah berkata, matlamat utama pembangkang ialah menumbangkan BN dan jika pembangkang berpecah, BN akan menang.

“Kalau pendirian PAS dilihat menyokong Umno, maka mereka akan kehilangan sokongan bukan sahaja daripada masyarakat bukan Melayu tetapi juga masyarakat Melayu.”, katanya.
Mengulas lanjut, Sallehen yang merupakan Adun Sabak berkata yang mengganggu PAS untuk bertanding 2 penjuru adalah Amanah.

Beliau berkata ini berdasarkan tindakan Amanah yang bertanding dalam pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“PAS terus serius untuk lawan BN, namun yang mengganggu kerusi PAS adalah Amanah yang menjadi sekutu PKR, sedangkan PKR ketika itu masih ada hubungan dengan PAS. Siapa yang tidak serius. Siapa yang memulakan tradisi 3 penjuru?

“Ketika DAP melalui Tony Pua mengumumkan untuk meletakkan calon di 8 kerusi yang ditandingi PAS, diikuti kenyataan pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim untuk meletakkan calon di semua kerusi yang PAS tandingi.

“Apakah ini keseriusan untuk melawan BN? Bukankah mereka rakan sekutu PKR dlm PH?” katanya.

https://susukunyitplus.blogspot.my/

Tiada ulasan