Header Ads


Terkini

Pakatan tidak akan berkempen kerusi PKR yang diberi kepada PAS

PAKATAN Harapan (PH) tidak akan berkempen untuk kerusi PKR yang berkongsi dengan PAS, kata ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng.

"PKR mempunyai hak untuk bekerjasama dengan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi menentang kerusi Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Sekiranya PKR berhasrat berunding kerusi dengan PAS, ia boleh memberikan beberapa kerusi kepada PAS kerana ia adalah hak mereka untuk berbuat demikian.

"Jika itu berlaku, PH tidak akan membantu dalam berkempen kerusi yang secara tradisinya ditandingi PKR tetapi diberikan kepada PAS pada PRU14," kata ahli Parlimen Segambut itu.

Beliau berkata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali perlu mengetahui yang PH tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk rundingan kerusi dengan PAS.

Lim merujuk kepada usaha berterusan timbalan presiden PKR itu untuk kerjasama politik dengan PAS, tanpa melibatkan PH minggu lepas.
https://susukunyitplus.blogspot.my/

"Walaupun hak PKR untuk meneruskan mendapatkan kerjasama PAS, yang berulang kali menolak, ia menjadi hak PH sebagai gabungan untuk menolak cadangan PKR, jika ada, sebarang kerjasama PH dengan PAS dalam pilihan raya akan datang," kata Lim dalam kenyataannya.

Beliau juga berkata PKR kehilangan undi daripada orang Islam dan penganut Kristian dari Malaysia Timur serta penyokong PH lain kerana mereka tidak bersetuju dengan kerjasama antara PKR dan PAS.

"Sekiranya kerusi ini hilang, PKR tidak seharusnya menyalahkan parti komponen lain di PH kerana tidak berkempen untuk calon PKR kerana PH juga tidak bersetuju dengan pakatan PKR-PAS," tambah Lim.

Pada Sabtu, Azmin berkata PKR tidak mengadakan perbincangan rasmi dengan parti Islam untuk bekerjasama di Selangor.

Azmin berkata sebarang usaha bekerjasama dengan parti Islam itu bukanlah inisiatif peribadinya kerana beliau hanya mewakili parti

Tiada ulasan