Pakatan Harapan selesai pembahagian negeri menjelang PRU14
Oleh
PAKATAN Harapan (PH) kini mengerahkan semua kekuatan parti komponen untuk bekerja dan mengetuai kempen di negeri yang sudah pun diagihkan menjelang pilihan raya umum, selepas menutup rapat pintu kepada PAS.
Mesyuarat Majlis Presiden PH yang bermula pada 9.30 malam sehingga tengah malam tadi turut menyelesaikan pembahagian kepimpinan mengikut negeri kepada parti komponen.
PKR dan Bersatu masing-masing mendapat empat negeri manakala kedua-dua DAP dan Amanah diberikan tanggungjawab untuk memimpin tiga negeri.
“PKR akan menjadi pengerusi PH di Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah.
“Manakala Bersatu diberi kepercayaan mengetuai PH di Johor, Perak, Kedah dan Perlis,” kata sumber yang menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PH baru ini
Seorang lagi sumber yang turut menghadiri mesyuarat itu berkata DAP ditugaskan untuk memimpin PH di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Sarawak.
“Amanah pula ditugaskan untuk memimpin PH di Kelantan, Terengganu dan Melaka,” kata sumber.
Difahamkan, Mukhriz Mahathir akan diberi kepercayaan untuk mengetuai PH Kedah.
Pada 10 Ogos lalu, Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pelantikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai pengerusi Pulau Pinang, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai pengerusi Selangor dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Johor.
Dr Mahathir turut mengumumkan Azmin yang juga naib presiden PH dilantik sebagai pengarah pilihan raya PH bagi membantu Muhyiddin dalam jawatankuasa pilihan raya.
Sementara itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu yang juga timbalan presiden PH dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa komunikasi dan mobilisasi.
Pemimpin PKR yang turut hadir ialah Dr Xavier Jeyakumar, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Saifuddin Abdullah
Tengah malam tadi, PH dalam satu kenyataan mengumumkan menolak kerjasama dengan PAS dan bersedia untuk pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"PH tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam PRU14.
"PH sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU14," kata Dr Mahathir dalam satu kenyataan kepada pemberita yang sudah menunggu seawal 8 malam.
Kenyataan itu turut ditandatangani Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Muhyiddin, Lim dan Mohamad.
PKR sebelum ini mahu terus bekerjasama dengan PAS terutama di Selangor walaupun parti Islam itu memutuskan hubungan dengan mereka pada Mei.
Walaupun memutuskan hubungan dengan PKR, PAS masih terus bersama dengan kerajaan Selangor pimpinan Azmin.
Dr Wan Azizah dan Azmin membuat kejutan apabila melawat Presiden PAS Abdul Hadi Awang di hospital di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selepas itu, Dr Wan Azizah memberitahu media PKR tidak menolak untuk bekerjasama dengan PAS pada PRU14.
Pengumuman Dr Wan Azizah itu menyebabkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR William Leong meletakkan jawatan sebagai anggota Biro Politik parti.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli pada Ahad mendesak partinya mengadakan kongres khas dalam isu hubungan bersama PAS.

Tiada ulasan