Memali: Saya cabar Salahuddin Ayub sepentas
Oleh: Mohamad Zuhdi Mat Piah
1. Saya hairan dengan sikap Salahuddin Ayub yang juga Timbalan Presiden, Parti Amanah Negara dalam isu Memali, mungkin beliau sudah lupa atau buat-buat lupa sehingga sanggup menjilat ludah rakan seperjuangannya sendiri.
2. Sebagai manusia sekurang-kurangnya, kamu timbang rasalah perasaan kami, hati kami sebagai anak-anak dan waris mangsa Memali yang kamu sendiri pernah bela dulu, kamu sendiri pernah dengar dan berkongsi apa yang kami rasa. Kamu dengar luahan hati kami apa yang ramai orang lain tidak dengar dan tidak tahu hingga kamu mengaku bersimpati pada kami tapi kini, apa yang kamu suarakan telah teramat melukakan hati kami.
3. Kalau pun bertukar parti, ideologi, jangan sampai 'hanyut' gadai maruah diri, prinsip, jadi penjilat ludah dan sanggup berbohong apa yang sudah diketahui umum, sanggup menafikan kata-kata yang terbit dari mulut sendiri suatu ketika dahulu, di mana harga diri kamu sebagai seorang pemimpin?
4. Peristiwa Memali bukan hanya disebut dan diulang sekarang ini sahaja, bahkan setiap tahun diadakan majlis memperingati syuhada Memali, bukan hanya di Memali, Baling kekadang dibuat di luar dari Kedah.
5. Di antara tokoh utama yang berceramah berkaitan Memali adalah Mat Sabu, Mahfuz Omar, begitu juga Salahuddin Ayub yang pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat satu ketika dulu.
6. Dalam satu ceramah Mat Sabu di Memali sekitar tahun 2015, Mat Sabu menyebut bahawa "Peristiwa Memali kita sebut dan kita ulang kerana ia satu peristiwa yang paling pahit dalam sejarah selepas merdeka".
7. Tambah Mat Sabu lagi "Seperti juga di peringkat antarabangsa, peristiwa Holocaust, terus disebut sampai ke hari ini, kejadian yang berlaku di mana penduduk-penduduk yahudi dizalimi oleh Hitler dan rakan-rakannya pada waktu itu daripada pemerintahan Nazi, oleh kerana peristiwa itu adalah peristiwa tidak berperikemanusiaan, ia disebut terus, walaupun ada usaha melarang jangan lagi disebut peristiwa itu".
8. Kemudian Mat Sabu menambah "Begitu juga peristiwa sebelum merdeka, pembunuhan penoreh getah di Batang Kali Selangor oleh polis British, dituntut dan disebut sehinggalah kerajaan British waktu itu akui dan membayar pampasan kepada keluarga yang terlibat dalam peristiwa tersebut. Maka begitu juga peristiwa Memali, kita menyebut dan kita ulang hampir setiap tahun".
Rujukan: https://m.youtube.com/watch?v=rMkyJaGd044
9. Jadi, kenapa Salahuddin Ayub tiba-tiba bagaikan baru keluar dari gua dan meroyan lalu menyatakan "PAS POLITIKAN ISU MEMALI"?
10. Sekali lagi saya ulangi, Isu Memali kini bukan PAS yang mula timbulkan, TETAPI ianya dicetuskan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Tun Mahathir sendiri ketika memberikan jawapan yang tidak bertanggungjawab dalam program Nothing To Hide di Shah Alam baru-baru ini. Patut Salahuddin Ayub kecam Tun M!
11. Secara jelas, Isu Memali pernah dibawa dan dibentang dengan tegas di parlimen oleh ketua pembangkang satu ketika dahulu iaitu Almarhum Dato Ustaz Fadzil Noor, dalam masa yang sama bangun mencelah oleh Mahfuz Omar membacakan beberapa laporan dakwaan terhadap kes Memali yang mana arahan pembunuhan ke atas Ustaz Ibrahim dan pengikutnya adalah daripada Tun M sendiri yang ketika itu sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno. Ini disebut dalam parlimen!
12. Mahfuz Omar sendiri seolah mencadangkan kepada ketua pembangkang supaya Tun M diseret ke mahkamah untuk didakwa atau sekurang-kurangnya satu public inquiry atau suruhanjaya penyiasat dilakukan secara terbuka.
Rujukan: https://m.youtube.com/watch?v=erliYBXspDY
13. Malah kertas putih fakta Memali di parlimen satu pembohongan dan palsu, dan dinafikan oleh semua balu syuhada dan mangsa terlibat, sebagaimana kata Abang Mat Sabu "Kertas putih dah jadi kertas hitam". Mat Sabu juga pernah sebut dengan lantang bahawa "Tangan Mahathir berlumuran darah Memali" adakah kini kamu menjilatnya kering?
14. Jadi, jika Salahuddin Ayub bertanggungjawab dengan kenyataannya, saya bersedia untuk sepentas dengan beliau dalam isu Memali ini, Salahuddin boleh pilih mana-mana kawasan di Kedah, atau lebih afdhal di Baling yang mana Memali terletak di kawasan Baling.
15. Saya juga menyokong gesaan PAS supaya Suruhanjaya Diraja @ RCI bagi menyiasat peristiwa berdarah yang berlaku 32 tahun lalu dan bawa mereka yang bersalah dan terlibat ke muka pengadilan. Inilah yang diperjuangkan sejak sekian lama dulu, bukan isu baru timbul!
Mohamad Zuhdi Mat Piah
Anak Mangsa Memali 1985

Tiada ulasan