Kenapa pengundi muda belum putuskan undi siapa PRU14?
Oleh
BUKANNYA politik, tetapi mendapatkan kerja yang baik dan menghadapi kenaikan kos sara hidup tinggi adalah isu yang lebih menghantui pengundi muda, kata pemerhati politik.
Mereka merujuk pada kaji selidik terbaru Institut Darul Ehsan (IDE) yang menunjukkan kebanyakan pengundi yang “belum membuat keputusan mahu mengundi parti mana” terdiri daripada kalangan berumur antara 21 hingga 30.
Menurut Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre, dapatan ini sesuatu yang “normal” di negara maju dan merupakan petunjuk baik bagi parti politik tentang sentimen pengundian belia Malaysia.
“Kecenderungan politik pengundi muda tidak jelas, tidak seperti generasi yang lebih tua. Pengundi muda sukar diramal sokongannya kepada parti politik.
“Yang sering terjadi, mereka tidak begitu minat politik kerana pendedahannya tidak sama. Mereka bukannya terlibat dan mereka melibatkan diri dalam politik secara langsung sehingga pendirian mereka lebih rapuh.
“Sekiranya pula mereka merumuskan politik itu kotor, ia hanya akan menjarakkan lagi mereka daripada (minat kepada) politik,” kata pengarah eksekutif Ilham Centre itu
Beliau mengulas kaji selidik “Mood Rakyat Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)” yang diumumkan oleh IDE pada Isnin.
Dalam kaji selidik itu, responden ditanya parti atau pakatan politik manakah yang akan mereka undi pada PRU14 sekiranya pilihan raya umum itu diadakan dalam masa enam bulan dari sekarang.
Kaji selidik itu mendapati 50% responden sudah membuat keputusan parti mana yang akan mereka pilih, manakala 22% akan membuat keputusan selepas penamaan calon, 9% seminggu sebelum pengundian dan 19% pada hari pengundian.
Daripada soalan sama, kaji selidik itu mendapati kelompok pengundi muda yang berumur antara 21 hingga 30 tahun rata-rata masih belum menentukan parti mana akan mereka undi.
Kaji selidik secara bersemuka itu dilakukan antara 11 hingga 15 Ogos melibatkan 4,486 responden di seluruh negara. Ia meliputi 130 daripada 165 kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia yang secara keseluruhan mempunyai hampir 12.1 juta pengundi.
“Pengundi muda tidak lagi berminat dengan politik dan kebanyakan mereka bukan anggota daripada mana-mana parti politik. Jadi isu utama mereka hal seperti kenaikan kos sara hidup dan mencari kerja, atau pengangguran,” kata Hisomuddin.
Golongan atas pagar sebaliknya kelihatan paling rasional kerana mereka akan membuat pertimbangan dari semua aspek sebelum mengundi, katanya.
“Mereka yang sudah membuat keputusan tidak dijadikan petunjuk untuk menentukan kemenangan dalam sesebuah pilihan raya kerana mereka sememangnya penyokong parti politik.
“Tetapi kelompok atas pagar, termasuk pengundi muda atau pengundi kali pertama adalah mereka yang akan menentukan siapa yang akan menang,” katanya.
PRU14 perlu diadakan sebelum Ogos 2018. Angka yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Dewan Rakyat bulan lalu menunjukkan ada 3.8 juta rakyat, kebanyakannya berumur 21 tahun, yang masih belum mendaftar sebagai pengundi setakat 31 Mac.
Profesor madya Dr Faisal S Hazis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berkata lazimnya pengundi berumur yang ada rasa keterikatan dengan sesebuah parti politik.
“Mereka sudah mengundi dalam beberapa pilihan raya dan mereka sudah ada semacam identifikasi dengan parti tertentu.
“Pengundi muda lemah identifikasinya atau sesetengah mereka langsung tidak ada rasa apa-apa,” kata ketua Pusat Kajian Asia di bawah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) itu.
Bukan sesuatu yang aneh di mana-mana di serata dunia untuk golongan muda ini merasakan politik itu sesuatu yang kurang penting dalam hidup, katanya.
“Itu sebabnya apabila kita lihat angka pengundi belum berdaftar, kebanyakan mereka sebenarnya pengundi muda,” kata Faisal.
Melayu semangat mengundi
Kaji selidik IDE juga menunjukkan pengundi Melayu paling bersemangat hendak mengundi dalam PRU14, diikuti pengundi India (70%) dan Cina (60%).
Hisomuddin berkata dapatan ini mencerminkan keutamaan yang diberikan oleh sesetengah segmen dalam masyarakat Melayu kepada politik.
“Pemerhatian sebelum ini menunjukkan orang Melayu suka terlibat dalam sembang politik kadang-kadang sampai 24 jam, manakala orang Cina lebih suka terlibat semasa tempoh berkempen.
“Perpecahan dalam parti politik Melayu juga membantu meningkatkan kesedaran (dalam kalangan orang Melayu),” katanya merujuk kepada parti serpihan Umno dan PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Nasional atau Amanah.
Katanya, kesungguhan untuk mengundi itu juga bergantung pada tempat, kerana kesedaran politik dalam kalangan pengundi Melayu di Kelantan, Kedah dan Terengganu lebih tinggi berbanding di negeri lain.
“Ini kerana mereka akan bersembang politik di kedai kopi atau bersembang politik setiap hari. Tetapi mereka di negeri macam Selangor atau Johor berlainan. Mereka cakna pada perkembangan semasa,” katanya.
Kaji selidik itu juga menunjukkan lebih 80% responden tidak berpuas hati dengan keadaan politik semasa dan tentang bagaimana demokrasi diamalkan di Malaysia.
Pada pilihan raya umum yang lalu, BN mendapat 4.315 juta undi atau 46% undi popular manakala pembangkang meraih 5.035 juta undi atau 53.5% undi popular.

Tiada ulasan