Kemaskan jentera Umno, BN sebelum wisel PRU14 ditiup, kata Najib
PERDANA Menteri Najib Tun Razak berkata Umno dan Barisan Nasional
(BN) masih mempunyai ruang untuk memperkemaskan jentera mereka dalam
fasa-fasa terakhir sebelum 'wisel' dan 'beduk' pilihan raya umum ke-14
(PRU14) dibunyikan.
Najib yang juga Presiden Umno berkata hasil pemantauan menerusi persidangan perwakilan Umno di seluruh negara, beliau secara keseluruhannya berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan jentera parti, namun menurutnya masih ada ruang untuk ia diperbaiki bagi memastikan BN menang besar dan terus kekal memegang tampuk pemerintahan negara.
"Keadaan kita dari segi kesiapsiagaan berada di tahap baik dalam erti kata kalau saya sebagai perdana menteri, nak pukul beduk ataupun atau tiup wiselnya, tahap kesiapsiagaan sudah baik. Namun kalau kita bersifat perfectionist (mementingkan kesempurnaan), kita tak akan berpuas hati sehingga segalanya sempurna.
"Saya masih anggap ada ruang untuk terus tingkatkan kesiapsiagaan, tingkatkan komitmen, termasuk dalam aspek penugasan masing-masing. Walaupun sudah dilakukan dengan baik, namun saya kira masih ada lagi ruang untuk tingkatkan apa yang patut kita lakukan untuk jamin kejayaan cemerlang dalam PRU14 nanti," katanya.
Beliau yang juga ahli Parlimen Pekan berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini Ahad.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang yang juga Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Abu Bakar Harun.
Umno Pekan merupakan penutup kepada 191 persidangan Umno bahagian di seluruh negara.
Menurut Najib, beliau turut berpuas hati dengan perjalanan persidangan Umno di seluruh negara yang lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
"Saya dapat pengesahan daripada (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut hadir di serata tempat (persidangan) bahawa ahli Umno dari Perlis ke Sabah berada dalam keadaan lebih semangat menampakkan Umno parti yang lebih tersusun dan disiplin berbanding pembangkang.
"Saya juga tidak terima laporan berlaku kerusi melayang ataupun peristiwa membakar suar dan sebagainya, pendek kata tidak ada disiplin buruk sepanjang persidangan diadakan," katanya.
Dalam masa yang sama beliau turut menyeru semua lebih 3 juta anggota Umno di seluruh negara supaya memiliki roh perjuangan parti, bersatu padu dan wala' (setia) kepada pemimpin bagi membolehkan parti terus menjadi tunjang pemerintahan negara.
Sambil membuat perbandingan dengan kejohanan Sukan Sea Ke-29 yang sedang berlangsung kini, Najib berkata anggota Umno perlu mencontohi semangat perjuangan yang dibawa atlet Malaysia dalam merealisasikan sasaran 111 pingat emas untuk muncul juara keseluruhan.
Najib turut berkongsi pengalaman yang diperolehnya semasa menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia menentang Myanmar pada 21 Ogos lalu di televisyen, yang berkesudahan dengan pasukan kendalian Ong Kim Swee menang 3-1.
"... yang sumbat dua bagi Malaysia adalah MIC, yang tukang sampaikan bola adalah Umno dan dalam kes ini saya anggap seperti BN (Barisan Nasional) yang menang, tidak kiralah siapa yang skor asalkan bola masuk gol.
Ini bermaksud bila ada muafakat, kemenangan pasti dalam tangan. Satu lagi iktibar ialah kita sepatutnya menang 3-0, tapi pada saat akhir, defender buat silap walaupun dia tak sengaja.
"Apatah lagi dalam politik, jika kita sengaja buat silap, sabotaj atau jadi cah keting.. ini yang menyebabkan parti lawan boleh mengatasi parti kita. Saya sebut ini sebagai peringatan walaupun kita berada dalam keadaan yakin dan optimis," katanya.
Sehubungan itu, Najib berkata semua anggota parti di Pekan juga perlu menggunakan semangat juang atlet negara untuk mempertahankan rekod undi majoriti paling tinggi untuk kawasan Parlimen iaitu 35,613 undi yang diperolehnya pada PRU Ke-13.
Katanya tragedi 1999 yang menyaksikan beliau hampir kalah dengan majoriti 241 perlu dijadikan iktibar dan beliau menyifatkan perkara itu pengalaman yang paling sukar untuk dilupakan sehingga kini.
"Mimpi ngeri 1999 adalah kerana peristiwa mata lebam sehingga kita yang menjadi mangsa. Orang lain yang buat hal, orang lain pula yang terasa kesannya," katanya.
Sementara itu pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan 458 ekor lembu korban yang diagihkan kepada 259 surau, masjid dan agensi kerajaan. – Bernama

Tiada ulasan