SEKURANG-kurangnya tiga orang suspek yang mencetuskan kekecohan
ketika forum Nothing To Hide 2.0 ditahan oleh pihak polis bagi membantu
siasatan, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat.
Beliau berkata tiga yang ditahan adalah daripada kalangan umur 17
hingga 19 tahun dan dua daripadanya merupakan pelajar kolej di Selangor.
"Setakat 5.45 petang tiga orang ditahan dan tangkapan dibuat orang
awam dan diserahkan kepada pihak polis," katanya kepada media di Dewan
Raja Muda Musa.
Bagaimanapun beliau berkata pihak polis masih menentukan siasatan kerana tiada pihak yang masih belum membuat laporan.
Beliau juga mengesahkan tiada pihak yang cedera ketika kekecohan itu berlaku.
Terdahulu, kekecohan berlaku sewaktu program Nothing To Hide 2.0 yang berlangsung Dewan Raja Muda Musa Shah Alam .
Ia tercetus sejurus Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan seorang peserta itu mengenai insiden Memali.
Ketika itu secara tiba- tiba beberapa selipar dan botol di baling dari tengah dewan ke arah Dr Mahathir.
Kerusi juga dicampak dan serentak dengan itu dua suar turut dibaling oleh suspek.
Forum yang dianjurkan Pemuda Bersatu itu adalah platform kepada Dr
Mahathir dan Najib Razak berdebat tentang masalah yang menyelubungi
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bagaimanapun Najib yang dijemput menghadiri program tersebut tidak hadir.
Kecoh di forum: Tiga suspek ditahan dua daripadanya pelajar kolej
Reviewed by DetikDaily
on
Ogos 13, 2017
Rating: 5
Tiada ulasan