Header Ads


Terkini

Kalau hendak lompat parti, silakan – Nik Amar

Oleh MUHAMAD ARIF ISMAIL

 PEMIMPIN dan ahli PAS yang dilihat lebih mesra dengan Pakatan Harapan (PH) dianggap boleh memberi gambaran buruk kepada PAS.

Oleh itu Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, mereka perlu membuat keputusan untuk menyertai parti lain.

"Kalau mereka hendak melompat, biarlah mereka melompat, kita tidak menghalang hasrat mereka itu.

"Pada pandangan saya, daripada duduk di dalam merosakan parti lebih baik keluar, itu pandangan saya secara peribadi," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco di Kota Bharu hari ini.

Sebelum ini bertiup khabar angin yang mendakwa anggota parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bersama Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah dan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa akan keluar daripada PAS.

Pemimpin terbabit sering dilihat hadir pada program anjuran Pakatan Harapan di Kedah. Mereka juga tidak kelihatan pada muktamar PAS yang diadakan di Alor Setar akhir April lepas.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS sangat mengalu-alukan sekiranya mereka mahu melompat ke parti lain.

“Sekiranya mereka masih kekal dalam PAS ia akan mengganggu serta merosakan imej parti,” katanya.

Tiada ulasan