Header Ads


Terkini

Betulkah Amanah Hanya Dapat 1% Sokongan Rakyat ?

Oleh Mohammad Agus Yusoff 

1. Saya boleh terima kalau hendak kata Amanah lemah, tidak kuat dan tiada sokongan.

2. Saya boleh terima jika hendak kata PAS kuat dan punyai sokongan akar umbi yang mantap.

3. Saya boleh terima kalau PKR mahu bekerjasama dengan PAS.

4. Saya boleh terima kalau UMNO mahu bekerjasama dengan PAS.

5. Semua kenyataan di atas pada saya masuk akal biarpun saya mempunyai pandangan yang berbeza.

6. Tetapi apabila ada ilmuan dengan bersandarkan kepada hasil kaji selidik menyatakan Amanah hanya ada 1% sokongan rakyat, saya rasa itu sudah terkeluar dari logik akal, melainkan yang dikaji itu sampelnya dikutip di kawasan pedalaman atau kajian itu adalah di Sabah dan Sarawak.

7. Merenung ke depan, saya terfikir kenapalah kita semakin jauh dari dunia realiti. Mengkajilah dengan metod yang betul supaya hasil kajian kita dihormati.

Mengkajilah dengan metod yang betul supaya hasil kajian kita dihormati.






Tiada ulasan