Bendera Indonesia terbalik, 33 web Malaysia digodam
JAKARTA, 22 Ogos — Sebanyak 33 tapak web Malaysia diserang kumpulan penggodam Indonesia susulan bendera republik itu yang tersilap cetak.
Mereka menyiar semula imej dalam buku cenderamata Sukan SEA 2017 bersama mesej “Bendera kebangsaan saya bukan alat mainan”, lapor Kosmo!.
Ketua pegawai eksekutif CyberSecurity Malaysia berkata pihak berkuasa sedang menyiasat serangan siber yang dilakukan penggodam dengan nama “ExtremeCrew”.
“Insiden ini benar berlaku dan kami sedang melakukan siasatan, pengawasan dan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi lain untuk mengekangnya,” kata Dr Amirudin Abdul Wahab.
Malaysia selaku penganjur mencetus kemarahan Indonesia berikutan kesilapan bendera berlaku pada acara pembukaan Sukan SEA walau permohonan maaf dibuat dan diterima Presiden Joko Widodo.
Jurucakap polis nasional Indonesia pula berkata penggodam berkenaan belum dapat dipastikan benar-benar warga republik itu.
Namun, mereka sedia bekerjasama dengan polis Malaysia untuk membantu siasatan kejadian itu.

Tiada ulasan