Anak muda tidak gemar PAS, selesa dengan BN, PH
KUALA LUMPUR, 1 Ogos — PAS mendapat sedikit sahaja sambutan pengundi
muda berbanding Barisan Nasional dan gabungan pembangkang Pakatan
Harapan (PH).
Hanya 6.5 peratus responden berasa jiwa mereka “dekat” dengan parti Islam, menurut tinjauan firma Kajidata Research.
Sementara 18.2 peratus berasa “dekat” dengan PH, 23.5 peratus pula bersama BN dan selebihnya 51.8 peratus tidak pasti.
Daripada 1,000 responden muda ini, 33.9 peratus mengikuti perkembangan politik, 44.5 peratus mengikuti sekali-sekala dan 10 peratus lagi apabila ada isu besar.
Hanya 11.6 peratus memberi alasan “tiada masa” untuk mengikuti isu politik dalam tinjauan yang dibuat antara 16 Mei dan 1 Jun lalu.
Responden ini, berusia 21 hingga 35 tahun, dipilih secara rawak di seluruh negara berdasarkan jumlah pengundi di sesuatu kawasan parlimen.
Kira-kira 24.9 peratus jumlah ini menjangkakan BN akan menang pilihan raya umum, sementara 12.4 peratus melihat kemungkinan PH menang.
Hanya 6.5 peratus menjangkakan PAS menang. Lebih separuh, atau 56.2 peratus, tidak pasti parti yang akan menang.
Ramai responden bercadang memilih BN dalam pilihan raya ke-14 nanti. Kira-kira 24.2 peratus akan mengundi parti tersebut.
PKR berada di tangga kedua, dengan 7.8 peratus akan mengundi parti itu. Sebanyak 7.1 peratus ingin mengundi PAS dan 2.6 peratus lagi DAP.
Dua parti baru mendapat sedikit sokongan. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedikit lebih popular daripada Parti Amanah Negara (Amanah).
Kira-kira 1.9 peratus berkata akan menyokong PPBM dan 0.7 peratus pula ingin memilih Amanah, sebuah parti serpihan PAS. -.themalaymailonline.com

Tiada ulasan