Header Ads


Terkini

Jangan bermimpi dengan utopia politik.

Oleh Fathi Aris Omar

Politik dan perubahan senang sahaja untuk difahami. Ia ibarat tindakan makan dan senggama.
Khasiat datang bersama najis. Kita makan dan makan untuk mendapat khasiat dan khasiat itu menghasilkan bahan kumuh.

Kepuasan aksi paling kreatif lagi melegakan datang dari celah paha yang berlendir. Ruh yang suci pada jasad anak kita masuk dan keluar dari senggama yang berlendir ini.

Jangan bermimpi dengan utopia politik.

Ia ibarat makan dan minum, harus sentiasa berjuang untuk perubahan walau belum tentu berhasil, jika berhasil belum tentu kekal lurus. Ada penyimpangan dan pengkhianatan di bawah selimut idealisme mulus.

Kita berharap khasiat tetapi boleh terkena racun atau cirit-birit. Kita berkahwin dengan harapan kekal bahagia. Kita mengharapkan anak yang pintar, comel dan berjaya.

Tiada jaminan makanan kita berkhasiat dan tiada jaminan anak kita tidak cacat. Tetapi yang pasti ada najisnya dan yang pasti kita bergelumang lendir paha.

Yang berfikir politik itu tulus-mulus harus tinggal di kayangan dengan dewa-dewa. Dengan harapan dewa-dewa tidak bermain politik!

Tiada ulasan