Header Ads


Terkini

TN50 yang di kejar tak dapat, yang dikendung berciciran.

Oleh Zaharin Mohd Yasin

Saya gelak sahaja baca sembang pembesar UMNO dalam soal TN50@tahun nasional 2050. Apanya tidak Zahid Hamidi kata anak muda akan lebih berdaya maju. Saya sekali ulangkan cerita Deng Xiaoping pemimpin China salepas Mao Tse Tong dan Chau En Lai.. tak payah nak buat macam TN50 untuk China. Dia tukar polisi China pada tahun 1976.. hantar seberapa ramai rakyat China belajar ke Amerika dan Eropa dalam bidang teknologi. Tahun 1981.. semua pelajar diberi kerja dan ada yang menjadi guru apa dia belajar di seberang laut. 

Pada tahun 1990 China sudah mula menguasa teknoloji. Dan diperbuat dasar terbuka pelaburan dan menawarkan tenaga buruh yang rendah.. Berduyun syarikat Amerika dan Eropah membuka kilang di China. Akhirnya hari ini.. China menguasai teknoloji dan ekonomi.

Di Malaysia sejak Merdeka dan kemudian DEB, bukan sedikit pelajar Malaysia di hantar ke luar negeri. Amerika dan Britain adalah pilihan utama. Bila balik ke Malaysia.. ada Kerajaan Malaysia ambil peduli?

Kini kebanyakan siswazah balik luar negeri sudah jadi OTAK@Orang Tidak Ada Kerja yang tidak berfungsi walaupun belajar bertahun diluar negeri.

Dari buat TN50.. selesaikan dulu sumberdaya manusia ini.. Jangan pesongkan kepada isu lain.. Sudahlah tiada kerja ditawarkan, kerja pun berkurangan .. kena bayar PTPTN dan pinjaman MARA pula.

Generasi Milinium bukan semuanya makan gula-gula.. Mereka nak minum di Starbuck.. megah bawa air berlogo Starbuck.. Zaman sudah berubah.. berubahlah pemikiran nak menipu ini. Sekali kita menipu orang berjaya, kali kedua kita lakukan, mungkin kita pula kena ditipu. Hiduplah dalam keadaan realiiti yang sebenar.

Bandar Sri Permaisuri.
Febuari 21, 2017

Tiada ulasan