Penentang 355 Disaran Banyakan Kajian
Oleh Izwan Abdul Halim
izwan@harakah.net.my
Mereka yang masih bersikap negatif terhadap usaha meminda Akta 355 dinasihat supaya melihat kedudukan undang-undang Islam dalam sejarah perundangan dunia, demikian seru Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Menurut beliau, perundangan Islam dihormati oleh dunia hinggakan ia di rujuk menerusi al-Quran ketika ahli-ahli perundangan Barat menggubal undang-undang berkaitan keamanan dunia pada seminar berkaitan yang diadakan di Belanda selepas Perang Dunia Pertama.
Malah katanya, di akhir abad lalu yakni awal tahun 70-an, kalangan ilmuwan Barat bersama Vatican City dan Liga Muslim di Makkah telah menganjurkan pertemuan melibatkan para pakar undang-undang di mana kebanyakan tokoh ilmuwan Barat mengiktiraf kedudukan Syariat Islam yang wajib dibuat kajian oleh mereka.
“Mereka (penentang 355) yang ada di Malaysia ini (umpama) nyamuk-nyamuk dan agas-agas yang kecil sahaja. Sila rujuk sejarah senario pengamalan undang-undang di peringkat dunia. Dunia hari ini menyaksikan kegagalan undang-undang ciptaan manusia, bukan sekadar tidak boleh menghapuskan jenayah, tak mampu membendungkan jenayah.
“Bukan sahaja jenayah peringkat nasional, termasuk peringkat internasional, merebak di seluruh dunia. Kegagalannya kerana undang-undang ciptaan manusia tidak ada roh, tidak ada iman, tidak ada wawasan beriman kepada Allah dan hari akhirat. Islam mempunyai keistimewaan ini.
“Izinkan untuk melihat Islam dilaksanakan, izinkan untuk melihat Islam dilaksanakan. Daripada kamu mencemuh usaha memperkasakan Mahkamah Syariah, lebih baik kamu bincang undang-undang yang sudah lapuk, yang masih diamalkan undang-undang menggunakan tali gantung, zaman purba, undang-undang di rimba.
“Yang tidak mengira siapa yang boleh menjadi saksi, siapa boleh menjadi hakim, undang-undang yang tidak ada roh. Sepatutnya ini yang dibincang oleh mereka, bukan mereka mempertikaikan undang-undang Islam dengan kejahilan tanpa ilmu dan pengetahuan,” ujarnya pada Himpunan Menyokong Pindaan Akta 355 (H355) di Padang Merbok, di sini 18 Februari lalu.
Katanya, beliau berharap usaha itu akan dapat dipanjangkan sehingga mencapai kejayaan betapa hikmah undang-undang ini disaksikan oleh seluruh rakyat sama ada yang Islam dan bukan Islam.
Terang beliau, pindaan tersebut tidak mengganggu hak bukan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa bidang kuasa Mahkamah hanya terhadap orang Islam sahaja, malah al-Quranul Karim turut menjaminnya sebagaimana ayat 42 surah al-Ma’idah.
Al-Quran juga ujar Tuan Guru, menjamin kebebasan beragama seperti perintah pada ayat 108 surah al-An’am dan melarang makian ke atas tuhan-tuhan yang dipercayai kalangan bukan Islam.
“Oleh kerana itu kita benarkan orang Kristian menyambut Krismas, membenarkan orang Buddha menyambuat hari Wesak dan lain-lain lagi, membenarkan orang Hindu menyambut Deepavali dan Thaipusam, membenarkan orang Dayak menyambut hari Gawai, membenarkan. Ini jaminan Al-Quran dan jaminan Perlembagaan Malaysia.
“Maka tidak ada sebab orang bukan Islam menentang RUU355, tak ada sebab mereka membantah perkara yang berkait dengan orang Islam, ini sudah melanggar adab perpaduan negara. Kita minta umat Islam konsisten, konsisten beristiqamah menghadapi adab perpaduan negara.
“Orang bukan Islam dia mesti menghormati adab perpaduan negara, meraikan orang Islam,” seru beliau menegaskan bahawa pindaan itu mengulangi sejarah lalu ke atas usaha dan tuntutan kepada British supaya meletakkan Islam dalam draf Perlembagaan Persekutuan sebelum diberikan kemerdekaan.
Maka Parlimen Pertama terangnya, telah menetapkan Syariat Islam melalui Mahkamah Syariah di bawah bidang kuasa negeri mengikut ketetapan Suruhanjaya Reid.
Oleh demikian katanya, setelah setengah abad kemerdekaan, sudah tiba masanya dibuat muhasabah dan perhitungan semula terhadap perlembagaan yang sudah usang itu, di mana banyak peruntukan perlembagaan lainnya telah dipinda, bukan Akta 355 sahaja.
Tegas beliau, sepatutnya sudah lama Akta 355 dipinda, pun begitu keputusan mengenainya dibuat dengan perbincangan melibatkan semua parti politik, pengamal undang-undang, NGO-NGO Islam, Umno dan PAS, bekas-bekas hakim, para hakim kanan, kalangan peguam dan lain-lain.
“Ilmuwan undang-undang kalangan pemimpin-pemimpin politik umat Islam mengadakan perbincangan di atas tanggungjawab agama, menunaikan perintah Allah S.W.T. Duli Yang Maha Mulia Tuanku As-Sultan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, pemimpin-pemimpin parti politik adalah pemegang amanah daripada Allah S.W.T.
“Kita berhimpun pada hari ini bukan kerana titah Tuanku, bukan kerana Perdana Menteri, bukan kerana Presiden PAS, bukan kerana ketua-ketua NGO, ini kerana perintah Allah S.W.T. Kita mengharapkan perhimpunan kita pada pada hari ini, menghimpunkan berbagai-bagai manusia; yang jahil, pemimpin, rakyat, faham, tidak faham, yang berdosa, mengerjakan maksiat.
“Namun dengan hati yang bulat menjunjung tinggi kitab Allah SWT. Allah menjanjikan kebaikan diberi kepada semua dengan berkat kitab ini di dunia dan di akhirat. Ini jaminan daripada Allah SWT. Maka rugilah mereka yang tidak bersama dengan kita pada hari ini. Hati-hati mereka tidak mendokong kita pada hari ini,” katanya.

Tiada ulasan